Scan baby

Hi mommies nak tanya la ada tak yang firstmom tak scan jantina / detail scan di swasta sampai nak dekat bersalin tapi teringin sangat nak tahu baby girl or baby boy mcm saya ? Boleh tak share macam mana nak tahu if baby boy or baby girl ? Saya dah 32w tak pernah sekali pun scan atas sebab suami dengar kata makbapak nya jangan scan tapi saya sebagai ibu kepada anak saya mestilah saya nak tahu & merasai pengalaman ni 😢 #firstmom #seriusnanya

17 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Pergi je scan kalau ada duit lebih. Paling penting bagi saya details scan. Untuk buat awak happy juga, seronok tau dapat tengok pergerakan dan tulangtulang baby sekali. Saya anak first pun suami kata maknya tak bagi scan banyak kali + bazir duit. Tunggu kk je. Saya dengan excited tunggu kk scan, first scan 28w. Masa scan awal kehamilan nampak kantung je and baby kecil takde bentuk lahi masa 7w Tapi dekat kk tak tunjuk pun screen tu, sedih masatu tak nampak pun, tapi doktor kk kata baby semua okay. Masa 28w saya ajak juga husband pergi swasta. Saya kata ni first time kitq nak jadi ibuabah, apa salahnya lagipun alhamdulillah kan ada duit lebih. Lepastu masa scan saya ajak husband sekali masuk, lepas dia dengar heartbeat baby untuk pertama kali, terharu dia sampai nak menangis. Sejak dari tu dia pula yang kerap nak kumpul duit pergi scan swasta, siap dapat gambar print out lagi untuk kenangan nanti. Cuba slow talk dengan husband ya 🥰 Kalau husband taknak juga and awak ada duit, awak pergi je scan sendiri. InshaAllah semoga semua dipermudahkan.

Baca lagi

pergi je. baru ni first time sy gi kk buka buku pink, terdengar perbualan doc lain dgn preggy mummy lain, dyeorg lg suka if kita bawa detail scan tu gi kk. sbb dyeorg pun nk tgk. sbb kt kk xkn dpt provide mcm tu. my mom n dad pun x bg pergi scan byk kali tp i pergi je. awal2 je i gi scan byk kali sbb nk confirmkn pregnancy. yelah 1st pregnancy mana i tahu. n mana sama sistem zaman dulu n skrg. nnt week 12 i nk gi scan swasta lg sbb ade growth scan yg kita boleh check skli whether baby kita down syndrome ke tak. tnya je sonographer tu ape2 yg u nk tnya berkaitan dgn scan tu.

Baca lagi
2y ago

sy refer dkt pakej scan yg klinik swasta tu bg. nama dia NT scan. sy tnya sonographer NT scan ni utk ape, dia ckp utk detect klau baby ade syndrome down ke ape cmtu. buat masa 11 - 13 mggu dia ckp. klinik yg sy pergi tu mmg focus utk ibu2 mengandung. but in case klau pergi nnt x dpt tgk ape sgt, sy okay je. at least dpt tgk baby dah besar mana pun sy happy dah hehe. 🥰

Scan ni bukan utk tahu jantina sahaja, itu x penting. Yang penting dr nak tgk kandungan tu membesar seiiring dgn usia tak, air ketuban ok ke tidak dan mcm2 lagi. Lagi2 dah masuk third tri, klu kandungan kecik IUGR dah kena bersalin, sbb tu penting utk pantau by scan. After scan akan kluar growth graph normal ke tidak, klu x normal baru dr boleh decide planning utk bersalin mcm mana. Ramai org sibuk pentingkan jantina, sdgkan paling penting tumbesaran bayi dlm kandungan. Takpe sis ada masa lagi, pi la scan.

Baca lagi

Pegi je. Mesti kena tau kondisi anak. Bukan jantina ja dpt dikenalpasti, muka pun dpt tgk (mcm mulut ada mslh ke), tangan kaki cukup ke x, tulang belakang, air ketuban banyak mana. Saya scan dah 3x kat kkia, masih x nmpk jantina. Doktor konfius nk bgtau girl ke boy. 3x scan katanya “macam girl” sbb x nmpk pistol. Pastu kualiti scan kk yelah x brp clear kan. Jd, scan kt luar. Trus nmpk jantina clear. Apapun semoga dipermudahkan segala urusan.

Baca lagi

Takyah tahu jantina pun takpe. Janji bila scan kat kk baby sihat cukup sifat. Macam saya scan kat kk tak pernah tanya jantina baby dan doktor pun takde bagitahu. Saya yakin je jantina baby boy. Alhamdulillah keluar memang boy. Saya pun teringin scan 5d tu yang nampak muka. Tapi suami tak bagi. Katanya nak surprise. 😅Moga sis dan baby sihat sentiasa. Dipermudah urusan bersalin nanti.

Baca lagi

suami dengar kata mak bapak? haih.. xbagi scan jantina/detail scan? kalau ada duit lebih,scan jantina tu xperlu pon xpe.. tp pentingkan detail scan.. sy tak tahu kk ada buat detail scan ke x.. tp mcm kk sy xd provide. kne scan detail kt luar..kalau ada duit lebih, disarankan buat la.. kita boleh tahu keadaan bby.. kalau ada apa2 msalah pun(minta dijauhkan) kurg2 boleh dicegah awal..

Baca lagi
2y ago

Hmm inilah yang saya cuba sampaikan pd suami , saya nak sangat detail scan anak kami sbb checkup kk sini tak provide pun detail scan ni , saya tumpang checkup kk lain nasib dapat doc yang baik hati dia faham , dia cuba scan kan jantina tapi bby malu2 lagi masatu dia kepit je 2x doc tu cuba cari pun sama juga . Mungkin bby tunggu bapaknya ada sekali kot baru dia nak tunjuk haishh tapi tulah kami pjj . Now dah 32w hari2 pujuk baby nnti bila ada rezeki dapat scan lagi harapnya baby bagi kerjasama laa hendaknya ☺️

saya masa pregnant anak pertama langsung tak pergi buat scan detail sebab tak mampu .. saya tau gender pun masa 28w keatas tapi tu pun kurang jelas doc cakap macam boy sebab nampak bebird pastu dah dekat2 sarat doc pakar scan dia cakap girl huhuu last2 betul yang keluar tuh girl .. syukur alhamdullillah baby lahir sihat semuanya

Baca lagi

Kalau boleh scan untuk tahu perkembangan bayi normal atau tak. Tak perlu buat setiap minggu, cukup buat detail scan sekali. Lagipun scan di klinik guna sound wave tak bahayakan kandungan macam xray. Kandungan 32 minggu boleh lagi buat detail scan, waktu tu boleh tanya radiographer soalan pasal bayi.

2y ago

Saya dari awal pregnant sampai skrang mmg pergi checkup sendiri je awak hee kita pun pjj dengan husband , dia pernah teman gi kk sekali je masatu pun sbb kena minum air gula . Saya bukan taknak gi detail scan tu tapi kalau boleh saya nak husband ada juga , nak tengok perkembangan bby bersama , urmm tapi mil dah pesan awal2 jangan scan membazir je sedih saya yang dengar masatu

VIP Member

saya dulu first mom pun beria nak scan tengok jantina. kenapa tak bagi scan? takda masalah pun nak scan. saya first pregnant sebulan 2 kali scan. tapi dengan o&g sebab ada masalah sikit. time anak kedua, saya pegi scan jantina dengan mak saya berdua je.

Sy mse 30w nk pegi. Sbb baru thu details scan tu penting dan baru ada duit lebih sikit. Tp majo klnik swasta xnk buat details scan sbb baby dh besar. Last2 sy tawakkal dan redho je. Harap baby dlm perut sihat walafiat fizikal. 😓