BABY 3M 1D TIDUR MALAM LAMA

Hi mommies, nak tanya baby 3M 1D dah start tidur malam lama and dah ada routine tidur yang sama setiap hari. Perlu ke kita kejut anak untuk menyusu kalau dia tak bangun 2-3jam untuk menyusu? Saya risau, kadang kadang anak tidur sampai 4-5 jam dan tak minta untuk menyusu pun.

4 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Hai sis. Baby saya skrg dah 3bulan29hari. Since dia masuk 3 bulan mcm tu, saya perasan yg waktu tidur dah ikut waktu tidur kita. Dia hanya akan bngon lebih kurang 2 atau 3 kali sahaja sama ada utk menyusu ataupun tukar pampers (biasa dia akan terjaga jam 3 lebih & dekat-2 subuh). Saya tak kejut dia tidur pun sbb so far berat dia ok je, cantik ikut graf dalam buku. Lagi satu sebelum tidur, saya akan pastikan baby kenyang kemudian akan tukarkan pampers baru & sapukan minyak supaya baby lebih selesa & mendapat tidur yg lena. Kecuali kalau baby saya tidur terlalu lama sangat, baru saya akan kejutkan. Kalau sis rasa baby sis tidur terlalu lama.. boleh je sis kejutkan utk menyusu. Ataupun kadang-2 baby kan ada menggeliat atau bergerak sana sini, haa time tu sis nak bagi susu pun boleh. Hehe.

Baca lagi