Perlu ke tidak TV?

mommies nak tanya. anak saya mmg high demand dari lahir sampai dh nak masuk 2y ni. saya nk buat kerja rumah mmg susah sikit sbb dia asyik nangis. saya jarang sgt bagi dia gadget. kalau bagi pon mesti vc dgn neneknya. saya tak suka bagi gadget sbb nnti dia tantrum lepas saya off kan pastu mencari2 dkt mana saya sorok. saya banyak kali burnout sbb dia asyik menangis. jiran selalu tegur sbb siang malam mesti menangis mengamuk. husb saya suruh beli tv so that rumah tak sunyi and anak boleh tgk tv kalau saya nk buat kerja rumah. tapi bagi saya, tv tu macam satu pembaziran. what if bila tv dh ada pastu anak saya tantrum sbb saya matikan tv. dkt mana saya nk sorokkan tv tu pulak? pastu kalau anak jenis tgk tv je manjang kang nnti speech delay. itu yg saya taknak ada tv. mommies rasa macam mana? ada pengalaman tak?

2 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
TapFluencer

emm, benda ni atas diri awak n husband juga la, kalau kata awak mmg nak terapkan mcm tuh takpa, tapi kalau bagi kejap tuh bole la ,just kena buat rules kt dia, ada limit dia, tambah dia da nak 2y kan. mesti faham dah. n then kena pantau dia n tgok sama2x, ajar dia. mcm tuh pun okay je.

Cuba belikan mainan yang boleh merangsangkan otak anak untuk berfikir.Saya balik rumah In law tak da tv, anak tak minta gadget or tv. dia main je mainan yang ada sampai tertidur sendiri. Alhamdulillah so far semua ok.