Miscarriage
Hi mommies/to be, ini kandungan pertama saya. bermula dgn spotting coklat, refers klinik, but its normal. Kemudian lendir darah sya ke GH, doc kata kantung saya elok bulat tak ada tanda tanda keguguran. Balik hosp darah masih keluar tapi serpihan darah mcm habis period. Setelah seminggu berlarutan, saya ke hosp swasta. Jawapan masih sama, kantung elok tak ada tanda keguguran. Tapi cuma kantung tak ada jantung lagi. Doc kata 50/50 sbb bleeding time pregnancy its not normal. Selama seminggu, darah semakin banyak dan start keluar ketul ketul. Hari isnin 21/9 pagi saya sakit perut yg teramat. Lebih dari sengugut. Saya terus ke hosp swasta sbb tk nak tunggu lama di emergency GH. Sementara menunggu doc pakar, sya ke toilet dan ye, terjatuh sendiri. Admitted hari ni masuk hari ke3. Process dnc dilakukan semalam. Untuk semua ibu to be, hati hati dengan spotting dan bleeding. Ibu ibu boleh share cara berpantang selepas keguguran? #bantusharing #pregnancy