Hb rendah, apa perlu buat

Hi mommies, iberet atau maltofer yg ok untuk hb rendah? Saya dah cuba zincofer, obimin & blackmores & dah mkn buah, minum air sunquick hari2. Tetap xnaik2. Ada tips lain x? Kalau susu kambing, yg mana yg oke? Thnk youuu

9 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Saya hb low. Mula2 try maltofer tak naik, dr suruh makan 3 biji sebab saya anemia. Then sekarang dr bagi makan iberet. First checkup lepas makan iberet ni tak naik hb saya. Rupanya salah cara makan ubat. Nurse cakap sebelum makan jarakkan 1 jam minimum. Kalau makan ubat selepas makan nasi, jarakkan 3 jam. Saya pulak dulu bantai makan ubat pastu terus makan nasi. Tu yg tak naik2 😂. Then jangan minum air susu lepas makan ubat tu ya. Ada juga pantang2 lain. Contohnya tak boleh minum minuman berkafien (kopi, teh, nescafe, milo dsb)

Baca lagi

Saya pun hb low, sebelum ni dahh try macam-macam tp hb tak naik, makan ubat iberet 2 kali sehari pun hb naik 0.1 je, lepas seminggu amalkan susu calla milk blueberry dan mango 1 sachet sehari sebelum sarapan alhamdulillah hb naik dari 10.2 ke 11, mungkin sis boleh cuba

Paling bagus zincofer kalau sis boleh telan. Saya tak boleh telan. Maltofer pula dr suruh makan 3 biji sebab sebiji tak naik. Saya ada anemia, jadi obimin pun tak naikkan hb. Sekarang makan iberet. Iberet makan dengan jus. Saya minum dengan sunquick and pati delima

Sy xtahu samaada ni bkesan utk semua org atau tau, tp sy makan vco baru naik cantik hb. Makan macam2 sblm tu xjalan, xnaik lgsg. Dah makan zincofer tetap sama. Last saja je makan vco konon2 senang beranak kan, skali naik hb. Blh laa try

Awk ada talesmia x?? Mcm saya mmg mkn ap pun susah nk naik..saya ad talesmia trait..skrg hb tinggal 8.3 ja..24weeks..doktor suruh stanby ja takut kena tambah darah..mkn ubat maltofer paling kuat tu pun x jalan jgk..

saya hb dari low , dah naik . alhamdulillah dari 10.6 ke 11.7 . saya cuma makan ubat biji warna coklat yang klinik bagi tu , 2 biji 2 kali sehari , dan saya beli sangobion complete , makan tu sebiji 2kali sehari .

hb saya pon rendah, tapi dah mula naik slow2. saya amalkan buah oren, air oren dengan jus delima. jus delima saya ambil setiap malam sebelum tidur. saya telan ubat tambah darah 2 kali shari, ubat tu dapat dari kk.

6mo ago

Oooo i see. Kk sy xda bagi ubat tambah darah tu. Nurse yg suruh beli sndri samada iberet atau maltofer. Dia nk tgk next checkup mcm mana. Huhu

sy minum susu kambing tapi yg biasa je D'susu beli dekat shopee je... zincofer x sesuai dg sy..bila mkn jantung jd laju so nurse suruh sy kekalkan dengan new obimin

Maltofer terbaik..Sy terus ok