Belum ada rezeki pregnant lagi

Hi mommies boleh tak bagi tips kat saya untuk pregnant ? Saya dah kahwin selama 1 tahun 4 bulan tapi tak ada rezeki lagi nak mengandung. Tapi harini saya terasa sangat dengan mak mertua. Saya tinggal di rumah mertua. Petang tadi lepas suami balik kerja dia bagitau kat maknya dia nak minum jus buah-buahan dia kata mungkin dia problem sebabtu saya tak pregnant lagi sampai skrg. Waktu dia di office, saya tegur dia jangan terlampau minum banyak sangat air coke & air bergas. Mungkin peluang saya nak pregnant tu rendah sebab tak jaga pemakanan. Selepas suami bagitau nak beli jus buah terus mak mertua cakap “tu la susah sangat nak makan ulam-ulaman sebab tu susah nak ada baby”. Saya tak tau kenapa saya terasa sangat dgn apa yang mak mertua cakap & saya sedih. Boleh bagi tips yang boleh saya follow untuk pregnant ? Dan doakan saya ada rezeki untuk mengandung ye. Terima kasih 😢 #pleasehelp

16 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

cerita saya ni, saya kawin dekat 2 tahun lebih baru pregnant. orang sekeliling kawin terus beranak pinak. sampai rasa nak ambik anak susuan ja. mak2 ni jangan tanya lah, kerja tanya ja macam boleh beli kat kedai anak tu. kami dua sampai down dan redha dah tak ada anak pun takpa, mungkin rezeki datang dalam bentuk lain. tapi at the end, Tuhan tu atur baik untuk kita. fokus improve rumah tangga, reduce workload kerja, income pun dah selesa, hormone pun dah stabil. pastu, tetiba pi check dah ada. pada saya, benda ni kena bincang between couple, pi jumpa consultant ke, parents jangan masuk sekali sebab kita ja tahu our lifestyle and how we can improve it. Tuhan bagi rezeki dalam bentuk yang macam2 bila kita redha dengan dia. kenkadang dah buat macam2 pun tak dapat tapi teruskan juga usaha sis, jangan mengalah. mak2 ni biasalah, maybe dia rasa makan ulam tu boleh dapat anak tapi sebenarnya banyak faktor lain mempengaruhi. moga urusan sis nak dapat anak dipermudahkan dan dimakbulkan macam saya.

Baca lagi