Tempoh berpantang czer
Mommies! Berapa lama nak kena berpantang makan bagi yang czer eh? 44 hari juga ke? #firstmom #bantusharing

Ikut individu. Macam saya tiada tempoh tertentu untuk berpantang. Lagipun saya tak suka guna istilah berpantang. 😅 Yg saya amalkan: 1. Selagi masih nifas, tak boleh bersetubuh dgn suami. Selepas tempoh nifas pun saya masih trauma prosedur induce. Suami pun beri peluang saya rehat daripada penat mengandung dan hadapi tempoh selepas bersalin dan awal penyusuan. Saya pun tak ingat bila saya dan suami kembali bersetubuh. Tapi saya ingat, saya dah bersedia dan rasa selesa. Gitu. 2. Buat aktiviti berat. Ni BIG NO bagi ibu c-zer. Actually bersetubuh pun aktiviti berat ya. Bahagian czer saya mula rasa selesa dan tak rasa nyut2 bila buat aktiviti berterusan (kerja rumah) dan beriadah lebih 30 minit pada setahun 7 bulan selepas czer. Hingga kini, saya angkat barang berat ikut tumbesaran berat anak. 3. Makanan dan minuman. Saya makan macam biasa. Cuma untuk pemulihan luka dgn baik, saya kurang kan makan bergula. Makan lebih sumber protein dan Vitamin C. Tapi, saya mengalami simptom diabetes selepas bersalin ; kerap kencing, lapar tengah malam, berat turun mendadak, kulit kering hingga bibir terkopek kering, kerap haus walaupun minum air kosong banyak. Mengadu pada doktor berat badan turun mendadak. Minum air gula kali kedua selepas bersalin, result 10. Lagi 1 mata nak ke diabetes (kategori pre diabetes) . Doktor nasihatkan jaga pemakanan no sugar less carbohydrate dan kerap bersenam. 6 bulan lagi cek gula dlm darah. Dlm tempoh tu, bulan puasa, saya menyusukan anak dgn susu badan sepenuhnya. Konon nak kenyang lama, sahur saya makan nasi, dan saya makan rolled oat. Tiap2 hari kaki saya kebas... Ahhh risau kot tu diabetes. Search diet pre diabetes, jumpa group yg sesuai. Ikut group tu, dapatlah saya kawal bacaan gula dlm darah dgn cara pemakanan yg betul dan pantauan gula dlm darah. Kita yg ada GDM ni, jika tak jaga pemakanan seumur hidup, bila2 boleh dapat komplikasi diabetes. So, kawal lah pemakanan seumur hidup.
Baca lagi