Anak tak pandai latch

Hi mommies. Anak saya usia 16 hari. Dia susah sangat nak latch, saya pun ada inverted nipple. Dia kurang sabar bila saya cuba latchkan. Bila saya guna nipple shield, pedih sangat sebab anak tak buka mulut besar. Pedih dia umpama dia gigit nipple guna gusi dia dan tarik hisap. Anak saya maybe dah nipple confuse since hari ke 5 dia terpaksa dimasukkan ke NICU untuk tukar darah sebab jaundice tinggi. So maybe nurse dalam NICU bagi susu yang saya hantar tu guna bottle. Saya dah cuba latch, tapi tak berjaya. Nak pegang baby pun kekok. Tolong saya mommies. Saya tak larat nak pump susu dalam pantang ni. Penat sangat nak jaga jadual pump. 😭

5 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Hai sis. Anak sy pun pernah nipple confuse. Mmg stress sgt sy waktu tu. Anak sy jaundice sampai 20 hari. Mmg stress sbb doktor suruh susukan sejam sekali. Tp baby tak nak direct feed. Jd sy terpaksa topup fm bila dia kena warded kali kedua. Lepas je dia discharge jaundice, alhamdulillah dia nak df. Ni sy share tips yg mana sy igt sy ambil dari kaunselor penyusuan dan apa yg sy try. Sis kena banyakkan skin to skin dengan baby. Sis bukak baju, baby pon bukak baju pakai pampers je. Lepastu peluk dia supaya dia kenal bau sis. Lepastu kerap offer breast dekat baby, jgn tunggu baby lapar. Masa dia relaks or mamai, offer je. Kalau baby menangis, tenangkan dulu lepastu offer lg. Kalau tak boleh juga, try next session. Bagi susu guna syringe atau cup, bg dia tenang separa kenyang, lepastu offer breast. Untuk inverted nipple sy tak sure mcm mana. Boleh guna nipple puller. Jangan risau, nurse pernah cakap dkt sy, nipple kita ni hanya lah aksesori, semua jenis nipple boleh susukan anak. Sis jgn stress2. Kalau tak larat nak pam, sis minta tolong husband utk cuci pam, simpan susu n bg susu kt baby guna cup. Nak menjayakan penyusuan ni, tak boleh kita sorang sis. Kena ada support dari suami, keluarga dan org sekeliling. Sy harap sis kuat. Buat la apa yg sis termampu, jgn paksa diri ya.

Baca lagi

Cuba sis tgk video oral massage for baby yg ada niple confuse mungkin boleh buat. Sy dulu pun masa awal2 nipple sakit and pedih sgt bila menyusu sbb baby suka ketap gusi dia and mungkin position tak betul. Lama2 alhamdulillah dah okay dah dpt rentak & bonding tu dah ada jadi mudah utk dia latch. Banyak kan sabar & doa dipermudahkan urusan kita utk menyusu anak

Baca lagi

sy pun inverted nipple.. awal2 luka sampai guna nipple shield… ada jugak bg botol tp limit sehari sekali je… then check up sebulan berat anak x naik… risau ye tuhan je tahu. jadi sy panggil lc dtg uma. so rupanya salah cara penyusuan.. anak sy latch betul tp salah cara so x dpt deep latch.. skrg alhamdullilah sy dah makin mahir susukan dia

Baca lagi

No worries sy juga inverted nipple both breast still breastfeed and mls nk pump

2y ago

Ye sis.. Nipple inverted nak pump mmg sakit..tu salah satu nye mls pump..klu pump bile full breast nnt susu blh drop. Kne ikot jadual. Sy kaji dr utube tgk cara lc ajar kasi susu utk inverted gune teknik sandwich. Mmg sedih.. Inverted nipple Mula2 struggling sket..

Nipple pendek ke??klo pendek pon salah satu punca jugak