Belum pandai bercakap
Hi mommies, anak saya seminggu lagi nak masuk 2 tahun tapi anak saya ni tak banyak sangat perkataan keluar dari mulut mcm budak sebaya dengannya. Anak saya sekarang hanya pandai sebut "nenen" maksudnya susu dan "didi" sahaja. Didi tu kdg2 dia tuju ke ayahnya. Tapi kdg2 sebut random je. Sekarang doc tengah monitor dia dan sekarang ada pergi speech therapy la. Banyak assumption yg doc bagi ke anak saya. Ada doc cakap mungkin anak saya ni autisme, ada doc cakap dia ni normal cuma mungkin jenis milestones lambat, ada doc cakap dia ni hanya speech delay. Sekarang saya hanya berusaha apa yg terbaik sahaja untuk anak saya.