Tolong saya ya mommies

Hi mommies, anak saya sekarang dah 1 tahun 3 bulan. Seblum ni saya ada post tentang saya risau anak saya autism. Setakat ni, simptom yg saya post sblm ni sudah kurang. Cuma sekarang dia suka sangat main tayar. Saya pun pernah terbaca kalau anak suka main tayar, pun boleh jadi anak autism. Sekarang, - dia kalau panggil nama dia akan toleh, dulu tak toleh kalau di panggil - dia tidak menghentak kepala mcm sbelum ni, dulu kerap menghentak kepala dan mengulang perbuatan tersebut berkali2 - suka main tayar - suka baling barang/ buang barang - dia suka bermain stacking cups ( satu2 nya mainan yg dia suka main ) - dia belum pandai sebut apa apa perkataan lengkap seperti " mamam, dadi, mami" dan sebagainya - dia belum pandai menunjuk - dia belum pandai tepuk tangan Korang semua rasa anak saya ni memang syak autism ke? Allahu. Saya teramat risau sangat2 dengan dia. Untuk pengetahuan jugak, anak saya lahir ada tongue tie. Kdg2 saya terfikir anak saya tak pandai sebut perkataan lengkap kemungkinan disebabkan dia punya tongue tie. #bantujawab #newmom #bantusharing

3 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

hi sis.. anak kte lebih kurg umur nye.. n sye pun rsau klu2 ade autism sbb stat stahun sbulan dye suke hand flapping.. klu ikut dlm buku pun mcm lmbt sikit.. btol2 pggl mama babah bila stahun 1 bln..anak sye pndai tepuk tgn dgn btol ble da setahun 1 bln.. mnunjuk plak ble da setahun 3 bln.. x pasti sme ade sign of autism atau memg lmbt sikit..

Baca lagi

Salam sis. Symptom anak sis sama dgn anak sy. Kalao panggil dia mmg x toleh lansung, beribu cara panggil. Tp kalo ckp siapa nama dia angkat tgn. Dia angkat tgn plk. Pastu dia suke geleng2 kepala dia & sekarang latest dia berjalan jengket kaki. Saye plk risau. Tp apa2 pn sy nk tggu 1 tahun 6 bulan ni dah tgk KK ckp apa nnt 🥹

Baca lagi

awak checkup di kk atau swasta dear? kalau kk, refer buku anak dan tengok bahagian m chart. tengok soalan dan bahagian yang di-bold. m chart ni 3x check. 18bulan, 2tahun, dan last 3tahun tak silap. untuk tengok perkembangan anak selari tak dengan usia.

8mo ago

sama sama awak. betul tu, sebab ada anak kawan saya kena potong juga sebab ganggu percakapan dia. semoga yang baik2 sahaja ye. takpe, kita follow je the flow. 🫶🏻