Baby 7 bulan help please!

Hi mommies! Anak saya bru masuk 7 bulan. Awal awal makan haritu dia mmg selera. Masa umur 6 bulan mmg dia selera sangat. Dia jenis mmg chubby & semangat tubuhnya. Tapi sejak semenjak nii dia taknak makan. Boleh lah dua suap jeee. Itu pun sy try hard. Hari hari saya masak fresh & tukar menu. Buat finger foods pun dah. Dah letak dalam high chair. Tidur dia pun cukup takda masalah. Dari segi tekstur pun sy dh ubah2. Tapi dia tetap reject. Dah jarakkan dgn susu 3 jam. Sy buntu dah. Kdg stress dah. Normal ke anak usia mcm ni taknak makan? 😭😭😭 blh share pengalaman tak…

3 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Sebenarnya betul dah amount anak makan tu. 2 3 sudu untuk 7bulan pencapaian yang baik. Hujung sudu pun kita happy dah sebab anak baru je nak kenal benda baru selain susu. Bagi dia masa tanpa paksaan. Jika rasa anak makan sedikit :- 1.cuba ubah tekstur. 2.cuba bawa anak makan sekali semasa kita makan dengan family 3.cuba semak kalau anak dlm fasa tumbuh gigi/merangkak/meniti 4.oral stimulation buat tak hari hari tanpa gagal? 5.cuba tambah kekerapan jika anak makan sedikit per sesi. jika campur campur dah penuhi keperluan dia seharian. 6. Dah tengok tutorial suap anak di #hbfmtutorialsuapan ? Jangan terpengaruh bila tengok anak orang lain ya sebabnya video seminit tu mereka dah tapis untuk pilih ape yang mereka nak tunjuk je. Struggle di belakangnya kita tak tahu pun. Teruskan offer pada anak ya. #adminhbfm

Baca lagi

Dari fb. Anak saya pon begitu awal2 makan boleh habis setengah mangkuk. Masuk 7 bulan makan 2 suap dia dah ketap mulut. Rupanya nk duduk, berdiri, meniti, tumbuh gigi semua serentak hahahaha. Skrg nak masuk 8 bulan baru mula nk makan balik 😂 masa x nak makan mommy stress je skrg baru rasa seronok tgok dia selera

Baca lagi
Post reply image

ade buat oral stimulation? dlm phase nak tumbuh gigi tak?

2y ago

Dah buat. Saya dh check gusi dia. Belum nk tumbuh gigi lagi… :(