Tips hb naik

Hi mommies, ada tips tak naikkan hb. sy bru je lps berklinik tgk hb makin turun pula 11.5 . ada tips tk nak naikkan ?#pleasehelp

14 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

sy dulu hb always maintain atas 13. obimin iron dia sikit. zincofer plak sy muntah teruk, huhu. maltofer hmm entah tak suka sbb cm kena kemam. so sy dpt iberet. minum sebiji. time minum tu, sy minum dgn air + setengah sudu sunquick + 1 sudu pati delima gulsan. air tu masam, so tak muntah la balik iron tu. sy minum sebelum tido. mmg maintain hb... and jgn minum ubat iron dgn kalsium serentak. sbb kalsium tu mematikan zat iron. so nanti hb tak naik.. lain org lain cara. ni cara sy dulu. alhamdulillah serasi and tak pernah ada isu hb. dan bnykkan jgk mkn sayur bayam.

Baca lagi
6mo ago

sama sy pun amek iberet.. dua2 anak takda masalah hb.. cun sampai beranak.. minum sunquick gitu jgk.. and banyak makan sayur

pernah hadap dh makan mcm2 and maltofer sebiji sehari.hb xnaik pon walaupun elak kopi,coklat semua. jambu batu pon makan hari-hari. last2,kerapkan makan bayam walaupun tekak taknak makan sayur. jambu batu and buah naga hari hari.makan maltofer 2biji malam sebelum tidur sekali dgn jus limau. alhamdulillah hb naik dgn jayanyaaa

Baca lagi

Dulu saya makan zincofer tapi tk boleh telan dr tukar bagi tablet iron. Saya makan iron dengan air sunquick oren tanpa gula. Alhamdulilah hb okay. Kena try and error jgak. Sbb ada org boleh makan zincofer ada orang tak boleh.

Paling mudah, minum air kosong sejuk/suhu biasa + limau nipis sehari sekali..tak kisah minum waktu pagi/before tido.. p/s: saya selalu sangkut berkaitan HB & Alhamdulillah tips ni dari nurse KK then menjadi..

iberet plus jambu batu , cara makan ubt kena jaga 2 jam sebelum atau 2 jam selepas sarapan , kafein elakkan dalam masa 2 jam juga susu pun sama

Saya dengar ada mommy ni bgtau dia consume minum air kotak jambu batu tu. Hb dia cantik. Tapi utk yg gdm kena control la.

saya bila makn ubat hb 11 lebih..stop mkn ubat 12 / 13 cantik je hb.. sedar time 3-trimester...

Mkn ubat sblum tdur. Diet harian, lebihkan daging n buah-buahan tggi vitamin C.

Sy mkn zincofer 2 jam lepas lunch, n konsisten mkn jambu batu. Hb menten 13

makan ubat tmbah darah sebelum tido + vitamin c... Insya'Allah naik