Susah Payah Bergelar Single Mom
Hi mommies.. actually nak tanya satu soalan.. lepas bercerai atau kehilangan suami boleh kongsi kan detik nak bangkit balik..
Saya dalam fasa ni sis. Suami saya baran dan sudah berlaku penganiayaan emosi, fizikal dan seksual terhadap saya. Saya failkan fasakh di mahkamah, mohon sekali Injuksi dan Hadhanah demi keselamatan diri saya dan anak. Tapi suami saya dan keluarga seperti biasa anggap diri mereka tak salah. Saya dan keluarga lah salah kat sini. Saya dan anak sampai trauma dari segi emosi. Saya masih dapatkan rawatan dgn doktor pakar dan perlukan sokongan keluarga saya. Selepas pindah duduk sekali dgn keluarga emosi anak saya sedikit stabil. Bukan senang nak senang, setiap pilihan ada dugaanNya. Saya doakan kepada mereka yang melalui situasi ni, semoga Allah permudahkan urusan. Teruskan semangat, eratkan kasih sayang sesama ahli keluarga jika tiada masalah, dapatkan bimbingan kaunseling dari doktor pakar atau pejabat agama jika perlu. 🥀
Baca lagiMaaf tiada pengalaman tapi berdasarkan apa yg saya nampak, mungkin kena ada 2 perkara dalam situasi begitu 1. Semangat yang kuat (Dari segi emosi, fizikal, spiritual.. paling penting pergantungan pada Allah, tawakkal yang tinggi) 2. Kewangan yang stabil
Baca lagisy ada pengalaman tpi masa tu tk ada anak. so nk bangkit agak la mudah as long ada financial yg elok, family support yg baik. terkenang, terhampir contact balik tu ada.. feeling lonely tu ada. tapi cari balik diri kita.
perlu masa banyakkan solat doa zikir semua yg dekatkan pd Allah., pandang semua dr sudut positif. hidup kena teruskan.. baik hubungan dgn family, jgn berkira dgn org. jgn serap negativity org.
Tiada pengalaman puan. Yg saya tahu sokongan keluarga & kawan yg memahami memang di perlukan bagi single mom. Jika buntu juga, dapatkan kaunseling drpd kaunselor
xde pengalaman