Pregnant but still bf,

Hi momies. Nak tanya. Normal ke mengandung , air susu tak keluar? Anak nak masuk 2tahun, still bf tapi susu mcm tak keluar pulak sejak pregnant ni. #ingintahu

4 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

awak dah boleh start wean off. susu bukan lg keperluan utama baby awak. boleh byk kn nutrisi dlm pemakanan baby awak☺️ boleh baca penerangan dr doctor imelda balchin pakar o&g sekiranya nk meneruskan penyusuan susu ibu boleh dptkn penilaian kesihatan dr doctor dulu🌻 Ramai ibu hamil tanya soalan di media sosial bolehkah menyusukan anak semasa hamil? Jawapan saya: Sudahkah anda jumpa doktor anda di klinik kehamilan untuk pemeriksaan kehamilan dan penilaian kesihatan anda dan kesihatan janin di dalam kandungan? Jika belum, pi jumpa doktor di klinik dan tanya. Jawapannya bergantung kepada kesihatan anda, apakah penilaian kesihatan anda dan adakah anda ibu hamil yang berisiko tinggi. Doktor di media sosial tak boleh bagi consultancy tanpa berjumpa dengan anda dan menilai kesihatan anda. Penyusuan tidak menyebabkan keguguran tetapi apa yang menyebabkan kehamilan berisiko tinggi ialah ANDA TIDAK MENJARAKKAN KEHAMILAN tidak kiralah anda masih menyusu atau tidak. Walaupun anda tak menyusukan bayi, risiko kehamilan adalah lebih tinggi jika anda tidak menjarakkan kehamilan sekurang-kurangnya 18 bulan jika dibandingkan dengan ibu hamil yang walaupun masih menyusukan anak tetapi sudah menjarakkan kehamilan melebihi 18 bulan. Risiko kehamilan lebih tinggi jika anda terhamil semasa 6 bulan pertama selepas bersalin di mana anda masih lagi menyusukan bayi secara eksklusif dan bayi belum lagi boleh mula makanan pelengkap. Jarak kehamilan yang terlalu dekat boleh menyebabkan janin di dalam kandungan tidak membesar seperti sepatutnya (bukan sebab rahim mengecut tetapi sebab janin yang berhenti membesar), masalah kelahiran pramatang, maka kehamilan ini mesti dipantau dengan lebih rapi. Jangan tanya kenapa ada doktor kata boleh terus menyusukan anak semasa hamil dan ada doktor yang suruh ibu lain berhenti menyusukan anak semasa hamil. Setiap pesakit adalah individu berlainan dan doktor pakar sudah ada latihan untuk mengenalpasti risiko yang berlainan untuk setiap individu. Makcik bawang dan penjual produk suka pukul sama rata sebab mereka tak pernah belajar menilai kesihatan individu dan bukan ahli dalam bidang, sebab itulah jika anda hargai kesihatan anda maka anda jangan tanya pendapat di media sosial. Ada ibu yang tak cukup nutrisi dan ada masalah kekurangan darah sebab baru saja bersalin beberapa bulan sudah hamil semula. Ada ibu yang masih dalam pemulihan pembedahan Caesar dan tak patut hamil terlalu cepat selepas bersalin. Ada ibu hamil yang kekurangan vitamin D dan perlu rawatan. Ada ibu hamil yang muntah-muntah dan ada dehydrasi sebab muntah-muntah maka tak boleh meneruskan penyusuan anak. Ada ibu yang loya tak lalu makan semasa hamil sehingga berat badan turun mendadak dan tidak cukup nutrisi. Ada ibu hamil yang janin di dalam kandungan ada masalah pembesaran. Ada ibu hamil yang menyusukan anak sambil-sambilan saja sebab anak sudah besar dan sudah dapat zat secukupnya dari makanan lain tetapi ada ibu hamil yang masih menyusukan anak secara eksklusif dan belum beri anak mula makan. Ada ibu yang memang ada penyakit lain yang belum sembuh maka penyusuan anak semasa hamil lebih membebankan kesihatan ibu yang memang tidak sihat. Semua faktor perlu dipertimbangkan. Di media sosial saya hanya boleh menyampaikan nasihat kesihatan secara am dan tak boleh beri nasihat secara individu untuk anda. Hargailah kesihatan anda dan jangan minta pendapat tentang masalah kesihatan individu anda di media sosial. Jangan abaikan kesihatan anda. Pi jumpa doktor di klinik. #apaapapunjumpadoktornaaaaa

Baca lagi
2y ago

mmg susu akan makin berkurangan awak. sy masa tahu pregnant pon sbb susu semakin berkurang. check upt naik double line. kira nya baby hisa dia ngs ka mcm mna awak?

saya pon sama..bby bru 1y3m.. alhamdulillah pregnant lgi.. baru 4m.. dulu lama tggu nk dpat bby sulong.. bby masih nak nenen..bila ckp yg adek..dia kiss perut.. huhu lpstu nenen blik..tp susu dah xkluar hisap lps ktagih je

Baca lagi
2y ago

yeke, normal la kan benda tu. nk tnya je sbb takut ada mslh apa ke 😅

VIP Member

mcm adik ipa sy dlu..doc dh start suruh stop susukan anak..sbb nnti ms mnyusukan ank blh kecutkan rahim dlm ms yg sm jd takut effect pd bby dlm kandungan..mg dpmudahkan segalanya .aamiin

2y ago

dh tanya doc, dia cakap okay tiada masalah. tapi air susu mcm dh taknak keluar sejak pregnant ni 😅

mmg cmtu