Mentuaaaaa

Hi mohon nak minta pendapat mommies kat sini.. sy baru ja bersalin seminggu. Tapi mak mentua sy tak nak lepaskan baby sy dn nak sgt sy berpantang kat rumahnya padahal sy nak berpantang kat rumah mak sy sendiri sampai sy gaduh dgn suami .. Semalam suami sy bawak anak jalan” kat rumah mak dia , sy pulak duk stay kat rumah. Bila balik tali pusat dah takda suami kata dah tecabut padahal pagi tu masih keras lagi takda tanda” nak tercabut. baby sy pulak masuk hari ke 5 . Sy stress , nangis bila ingat anak sy kne buat gitu. Lagi” mak mentua sy ni nak anak sy minum air masak. sy dah pesan suami jgn bagi tapi sy rasa dia tipu kata takde bagi tapi pampers asyik full je , lain mcm sy susukan badan tak pernah gitu. Sy stress sangat meluat pun ada nak marah melentingg😔#firsttimemom #meluah #sedih

35 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

awak ws ni dkt suami awak. ckp ni pakar sakit puan yg share. anak sakit nanti semua lepas tangan. awak yg nk kena berjaga. lagipon baby baru 5hari. sgt bahaya JANGAN BERI BAYI MINUM AIR MASAK SEBELUM USIA 6 BULAN. Saya nak beritahu anda semua sebab-sebabnya. Sila share beramai-ramai, semoga semua ibu mertua mendapat ilmu pengetahuan ini. Masalahnya ialah kalau kata JANGAN tanpa memberitahu sebabnya, ramai orang tak dengar nasihat. Kita mesti mengetahui dan memberitahu sebab di sebalik semua nasihat yang disampaikan untuk membantu masyarakat berfikir dan menerima nasihat yang terbaik. Pertama: Badan bayi tak sama dengan badan orang dewasa. Kandungan air di dalam badan bayi memang pun lebih tinggi dari kandungan air di dalam badan orang dewasa. Lebih kurang 55% berat badan orang dewasa ialah air, tetapi 75% berat badan bayi ialah air. Maka bayi tidak perlu minum air seperti orang dewasa. Kedua: Kandungan susu ibu ialah 88% air dan rendah garam. Susu ibu mengandungi semua keperluan air dan garam untuk bayi manusia. Susu ibu manusia ialah kurniaan Allah yang terbaik untuk bayi Manusia. Tak perlu lagi tambah apa-apa air masak untuk bayi sebelum usia 6 bulan yang belum lagi boleh makan. Saya melarang ibu-ibu memberi susu lembu asli atau susu kambing asli kepada bayi sebelum usia 1 tahun sebagai pengganti susu ibu atau pengganti susu formula, sebab kandungan garam yang terlalu tinggi di dalam susu lembu asli atau susu kambing asli, selain dari mengandungi protein susu yang lebih susah dihadamkan oleh perut bayi manusia. Susu formula yang dirumuskan khas untuk bayi lebih baik lagi dari susu lembu asli atau susu kambing asli untuk bayi sebelum usia 1 tahun, sebab susu formula sudah dikurangkan garam, lebih air dan mengandungi protein yang lebih senang dihadamkan oleh perut bayi manusia. Saya juga melarang ibu-ibu memberi air masak kepada bayi sebab ini boleh menyebabkan terlalu banyak air dan kekurangan garam di dalam darah bayi, iaitu WATER INTOXICATION. Ketiga: Perut bayi sangatlah kecil dan tak boleh minum banyak-banyak sekaligus. Dia boleh ambil sedikit saja pada satu masa, sebab itulah cepat lapar semula. Sebab itulah bayi perlu minum susu ibu sedikit-sedikit tetapi dengan KERAP. Bayi perlukan protein susu ibu dan khasiat di dalam susu ibu untuk membesar. Di dalam air masak tidak ada apa-apa khasiat, tiada zat dan tiada protein. Jika anda penuhkan perut bayi dengan air masak, dia akan tak lalu minum susu ibu sebab perut dia sudah dipenuhkan dengan air. Ini boleh menyebabkan bayi kekurangan nutrisi penting untuk membesar dengan sihat. Keempat: Untuk payudara ibu membuat susu dengan banyak, ini memerlukan stimulasi dari bayi. Lebih banyak kali ibu menyusukan bayi, maka ada lebih stimulasi untuk payudara ibu membuat lebih susu mengikut keperluan dan permintaan bayi. Inilah dinamakan supply by demand. Jika anda dah bagi air masak kepada bayi dan bayi dah kenyang dengan air, maka bayi tidak akan mahu menyusu, akibatnya ialah payudara ibu pun akan tidak membuat banyak susu. Kelima: Bayi belum boleh makan maka tidak telan kandungan garam yang tinggi di dalam makanan seperti orang dewasa. Makanan pejal mengandungi kandungan garam semulajadi yang lebih tinggi dari susu ibu. Selepas orang dewasa makan, mestilah minum air secukupnya supaya darah manusia dewasa tidak menjadi terlalu pekat. Kalau tak minum air, orang dewasa akan rasa kehausan sebab kepekatan garam di dalam darah orang dewasa dikesan oleh otak yang kemudian akan signal kepada anda rasa kehausan supaya anda mencari air untuk diminum. Maka bayi yang belum makan tak haus macam orang dewasa. Kandungan garam di dalam susu manusia itu sangat rendah, lebih rendah lagi dari susu lembu. Maka bayi tak perlu lagi tambah minum air seperti orang dewasa yang makan makanan pejal. Selagi bayi belum makan, iaitu sebelum usia 6 bulan, bayi tak perlu minum air masak. Keenam: Buah pinggang bayi sangatlah kecil, belum lagi matang dan belum boleh lagi berfungsi seperti buah pinggang orang dewasa. Buah pinggang bayi tak boleh tapis terlalu banyak air untuk membuat banyak air kencing seperti orang dewasa. Jika orang dewasa minum banyak air maka lebih banyak air ditapis keluar sebagai air kencing. Tetapi buah pinggang bayi belum lagi boleh berfungsi sepenuhnya. Buah pinggang bayi tak boleh proses terlalu banyak air. Akibatnya ialah jika anda beri bayi minum air masak, darah bayi akan menjadi cair sebab terlalu banyak air berkumpul di dalam darah dan tidak dibuang oleh buah pinggang. Inilah dinamakan WATER INTOXICATION. ——————————————————————— Apakah komplikasi WATER INTOXICATION? Bila kepekatan garam di dalam darah menjadi terlalu rendah atau cair, iaitu hyponatremia, sel-sel badan tidak boleh berfungsi, termasuklah sel otak, sel otot dan sel jantung. Akibat WATER INTOXICATION ialah: Sawan, kelemahan badan, muntah berlebihan, kerosakan otak, coma dan kematian. Orang dewasa pun boleh dapat WATER INTOXICATION, sawan dan kematian jika minum 6 litre air sekaligus, tetapi bayi yang baru lahir boleh dapat WATER INTOXICATION jika diberikan minum air masak walaupun hanya sedikit. Kalau nak bancuh susu formula pun, ada arahan penting mengikut sukatannya. Jangan sengaja bancuh susu formula dengan terlebih air. Jangan cairkan susu formula sebab ini juga boleh menyebabkan WATER INTOXICATION kepada bayi. Pesanan saya yang terakhir, apa yang bagus untuk anda, jika diambil dengan berlebihan boleh menjadi racun. The dose makes the poison. Jadi jika anda tahu sudah ada cukup air untuk keperluan bayi di dalam susu ibu, anda tidak akan sumbat air masak di dalam mulut bayi. Semoga ilmu pengetahuan ini bermanfaat untuk anda. Kongsikanlah ilmu ini beramai-ramai untuk kesihatan bayi-bayi kita. Terimakasih. Dr Imelda Balchin Pakar Perunding Obstetrics & Gynaecology Subspecialist in Maternal & Fetal Medicine MSc in Public Health

Baca lagi
Post reply image
1y ago

tq dr really membantu