Dengan 3 Wrap Terbaru Dari Mission Foods, Tak Ada Lagi Alasan Tak Sempat Buat Breakfast!
Mission Foods sekali lagi memperkenalkan 3 wrap terbaru untuk memudahkan kerja ibu ayah di rumah! 3 wrap terbaru yang diperkenalkan ini memiliki kualiti dan rasanya yang tersendiri. Bolehlah pelbagai resepi anda cuba dengan wraps-wraps ini! Antara variasi terbaru dalam kumpulan Mission Foods tersebut adalah The Reduced Carb Wrap, Quinoa Wraps dan Chia Wraps. The Reduced Carb Wrap mengandungi 70% kurang karbohidrat, dan 90% kurang gula. Manakala Quinoa Wraps dan Chia Wraps pula masing-masing merupakan "superfood" yang kaya dengan nutrisi, antioksidan dan omega-3. Dengan adanya wraps terbaru keluaran Mission Foods ini, tiada lagilah alasan ibu ayah tidak sempat menyediakan sarapan setiap pagi. Wraps dari Mission Foods ini telah memudahkan ramai pengguna! Randall Tan, Brand Manager untuk Mission Foods South Asia menjelaskan, jenama ini sekarang memandang serius untuk memastikan masyarakat di Malaysia mudah menyediakan makanan mereka sendiri di rumah. Dengan gaya hidup yang lebih baik, pengguna juga akan semakin sihat! Jom dapatkan 3 jenis variasi wraps dari Mission Foods ini jom!