Petua alami utk wean off segera
Minta petua pls mommies mcm mana nk wean off sbb skg ni tgh pregnant 18weeks. Kalau ikutkan nurse dh suruh stop dr masa buka buku haritu lagi tapi anak saya ni xmo lepas walhal susu dah xde keluar pun.. penat dh mental asyik dgr dia nangis.. 😭

Semasa hamil anak ketiga, anak yang kedua saya dah umur 3 tahun. Dah boleh sangat wean off tapi dia jenis yang high demand kids. Semua usaha untuk wean off gagal. Jadi, saya terus susukan sahaja walaupun sakit sebab puting sensitif masa tu. Ada juga hikmahnya, masa bersalin susu memang dah standby untuk adik dia. Penghasilan susu juga banyak sebab demand untuk dua orang. Dari pembacaan saya, memyusukan anak ketika hamil masih ok kalau tidak mengancam kehamilan. Maksudnya tak menyebabkan kontraksi dsb..
Baca lagi


