16 Balas

VIP Member

dah boleh stop minum air manis & makanan manis. buah jenis manis atau durian pon boleh stop. beras boleh tukar beras perang. roti putih tukar roti wholemeal. amalkan suku suku separuh. atau makan dlm kuantiti yg sedikit tapi kerap. lebihkan sayur hijau. banyakkan minum air masak. boleh buat senaman ringan macam slow walk. klo kk tmpt sy, hari yg kena minum air gula tu malam sebelum kena puasa. last makan dinner sebelum pukul 10pm. then puasa tak boleh makan minum dah. lepas minum air gula boleh minum air masak sedikit sekadar nak bilas air gula yg rasa di lidah. tak boleh makan apa2 atau minum air manis dalam tempoh 2 jam. hopefully membantu utk turunkan bacaan air gula sis. gdm ni boleh jadi disebabkan hormon juga. jangan risau selalunya lepas bersalin akan normal balik bacaan. klo tak jaga makan, baru ada possibility kencing manis tu boleh dtg semula. probably sis kena repeat tu sebab bacaan tinggi sangat nak confirmkan betul ke tak. sbb ada ibu yg lepas minum air gula dia p bantai makan plk. ni nurse story. klo bacaan sis sangkut lagi doktor usually start dengan diet control dulu & kena masuk kelas jumpa dietitian. jgn risau, gdm on diet control pon masih boleh bersalin tempoh macam org tak ada gdm. take care sis. ♥️

masa sy minum ritu , last mkn nasi ptg . mlm mmg sy da tak mkn nasi . pastu 2 mggu jgk tak mkn manis. . mnum manis pun minta kurang mnis sbb takut pulak bdn terkurang gula kalau tak mnum/mkn manis . sy pernah tak sentuh manis 3 hri .. hari ke 3 sy auto gigil teruk . atleast mnum laa air manis stu cawan kecik je . pastikan letak gula tu sikit je . susu mmg tak mnum . alhamdulillah sblm mnum bacaan 4.41 . lepas 2 jam bacaan 5.61 je . banyak mkn buah tp tgk jgk buah . jgn buah yg kandungan gula tggi . sy mkn oren je sbb masam2 bole hilangkan rasa mual . awak jaga pemakanan je . insyaallah ok ok je .

sy mnm air gula ms 13 weeks bacaan slps 2 jam tu tinggi..skrg gdm diet control..br first buat bsp.alhamdulillah bacaan cantik.seminggu nk bsp sy dh start diet suku suku separuh..mkn epal hijau /jambu batu..pg mnm air susu HL & biskut jacob 2,3 keping..nasi mkn sesenduk je..in shaa Allah bacaan bsp nnti cntik..jgn stress & elakkan mkn manis².

banyakkan minum air mlm tu minum air byk2 pg pn sama kena byk minum air byk2 2-3liter lbh sehari. sy bacaan pertama sangkut 7.4 doc nak 6. kli kedua cek bsp Alhamdulillah sekitar 4-5. mmg sy dh amal minum air sebanyak2nya. InshaAllah berkesan

try minum barli suam tanpa gula atau limau nipis/purut. sbb sy pernah try masa nak minum air gula second time haritu, alhmdulillah bacaan cantik. paling penting jaga permakanan dan kurangkan karbo n benda manis

sblum puasa mmang kena mkn sayur kangkung, buah epal dan buah oren.. sya puasa dan x minum air langsung sebelum dan selepas minum air gula.. lepas keputusan baru mkn dan minum.. dan bacaan normal..

Last mkn pukul 9 mlm.. Pukul 10 start puasa tapi boleh minum air masak banyak.. Biar selalu kencing.. . Sblm minum air gula minum air masak dkt rmh. Insyallah result cantik nanti..

cba sis try mnum air rebusan daun durian belanda..insyaallah bcaan gula akn trun..slmt mncuba😊😊..sya mula2 mcm tu jga..lpas mnum air rebusan daun tu..bcaan gula 4@5 sja...

mnum air gula sekali je kalau dh sangkut. xde minum lagi dh sbb bacaan akn jdi lgi tinggi.

Tinggi tu .. sy gdm on ubat. Sebelom on ubat, bacaan Bsp bwh 7 pun dah kena on ubat.

elak makan time waktu petang sebelum esoknya nak minum air gula

Soalan berkaitan

Soalan popular

Artikel Berkaitan