Boleh atau tidak ?

Mengenai hubungan bersama dengan suami sewaktu hamil. Tidak pasti mengenai perkara ini sebab ia merupakan kali pertama en suami nak cuba lakukan intimasi sewaktu hamil. Agak gementar serta ingin tahu cara lakukan intimasi dengan perlahan berbanding cara sebelum hamil agar tidak cederakan saya mahupun bahayakan kandungan ? Adakah foreplay lebih selamat ? Minta pendapat semua.

1 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Nak bersama dgn suami sewaktu pregnant tak ada masalah pun kecuali atas nasihat doktor, puan tak boleh bersama dgn suami. Boleh je nak intercourse macam mana cara pun macam biasa tapi pastikan selamat. Ikut keselesaan. Ada org bila dah pregnant, dia tak selesa intercourse dlm keadaan baring terlentang, selesa dlm mengiring. Lain individu lain cara. Intercourse tak bahayakan kandungan sebab baby dilindungi dgn air ketuban (amniotic fluid). Foreplay tak ada masalah tapi kadang2 boleh merangsang dan menyebabkan uterine contraction. Kalau tiba2 rasa sakit, ada bleeding atau ada leaking air ke apa, stop intercourse

Baca lagi
3y ago

Terima Kasih Kak.