naik kereta
mcm mana ya nak bawa baby 4bulan jalan jauh dlm 5jam perjalanan? susah x? saya xda carseat. xpe ke kalau riba dia?
Please please dapatkan car seat kalau boleh. Biar 5 jam ataupun 15 min dalam kereta, car seat is a MUST. Accident Namanya tu accident, tak sengaja kan. Tak boleh nak tau. So car seat is a must. Please ya…… cuba lah find 2nd hand ke, ataupun carrier yang boleh Guna seatbelt. Untuk perjalanan jauh, tolong rehat bagi baby stretch Setiap jam ye… Good luck
Baca lagiKalau pakai car seat, kena rehat setiap 1-2 jam untuk bagi baby stretching. Kalau terpaksa riba jugak, kena duduk kat belakang dgn baby. At least kalau emergency brake, terkena seat depan masih lembut berbanding duduk depan bahaya gila.. paling elok, pakai carseat. Always safety first!
ni saya cerita as pengalaman saya. saya bentang selimut comforter n bantal macam tempat tidur dekat belakang so sebelum saya gerak saya pastikan baby minum susu n tukar lampin. n barang baby saya letak dibahagian kaki supaya senang nak capai. so far baby tak meragam ☺️
boleh tp risiko jatuh terlepas dari pgangan dan kena saman if ada roadblock. klu boleh, duk seat blkg so bby blh baring. lenguh tu 5 jam nk beriba. sy 3 jam pun xlarat nk riba ank. klu kita terlelap tmbh emergency brake lg bahaya.
Bagi saya takde carseat lagi susah. Too risky. Jalan jauh pulak tu. Nak2 kalau masuk highway atau kawasan kampung. Option yang ada awak dengan anak duduk kat back seat. Jangan duduk kat depan. Tapi hati hati ya.
Bahaya nak riba, tapi kalau terpaksa jugak, alas dgn bantal masa riba, so mummy dgn baby 2-2 rasa selesa.