PERKONGSIAN BERSAMA #COPYPASTE

Makanan yang perlu dielakkan daripada diberi kepada bayi dan kanak-kanak kecil ❌ Garam Bayi tidak sepatutnya makan garam tinggi kerana tidak bagus untuk buah pinggang. Tidak perlu naikkan rasa makanan bayi dengan garam dan serbuk perasa. Sentiasa ingat, bila masak untuk dewasa, sediakan untuk anak-anak yang kurang garam. Elakkan makanan seperti kentang goreng bergaram, jajan, fast food, makanan luar untuk anak-anak kita. Kita tidak tahu kandungan garam di dalam makanan tersebut. ❌ Gula Bayi tak perlukan gula tambahan. Elakkan memberi minuman tinggi gula termasuk jus buah, minuman kultur dsb. Anda boleh elakkan gigi rosak. ❌ Lemak Tepu Makanan tinggi lemak tepu tidak baik untuk jantung dan salur darah. Elakkan makanan yang tinggi lemak. ❌ Madu Kadang-kadang, madu mengandungi bakteria, yang boleh merembeskan toksin dan akan menyebabkan botulism kepada anak kecil, yang sangat merbahaya kepada mereka. Jangan berikan madu sehingga anak mencapai umur 1 tahun. Madu juga sejenis gula. Jadi mengelak madu juga mencegah gigi rosak. ❌ Kekacang Kekacang tidak sepatutnya diberikan pada kanak-kanak bawah 5 tahun. Terdapat banyak kes tercekik dilaporkan kebelakangan ini. Jika nak berikan pada kanak-kanak berumur 6 bulan ke atas, pastikan ianya dihancurkan. Hati-hati juga. Ada anak-anak yang allergic kekacang dan kekurangan g6pd (kacang parang). ❌ Telur mentah Bayi boleh makan telur bermula 6 bulan. Namun pastikan ianya dimasak sepenuhnya. Bakteria salmonella yang ada pada telur boleh menyebabkan keracunan dan kematian. Ianya akan mati jika telur dimasak sepenuhnya. ❌ Makanan laut bercengkerang Kerang, kepah, kupang, oyster dsb. Pastikan ianya dimasak dengan baik. Jangan dimakan mentah atau kurang masak. Ianya boleh menyebabkan keracunan. Sekarang anda sudah tahu makanan untuk dielakkan, tiba masanya untuk anda amalkan. Mari kita jaga kesihatan anak kesayangan kita dari kecil. Semoga bermanfaat. ☺️

1 Balas
 profile icon
Tulis jawapan
Super Mum

terima kasih atas perkongsian.. semoga bermanfaat utk ibu2 TAP..