Ibu kandung toxic

Mak saya besarkan anak2 lelaki dia jadi pemalas. Tak berdisiplin. Dan ZERO common sense. Manakala anak perempuan dikerah buat semua benda, dituntut berkorban masa , tenaga , dan duit . Anak lelaki dia semua tinggal bangun , makan , tidur. Tak perlu buat apa2. Konon semua benda kerja org perempuan. Yg kami adik beradik perempuan ni dgn sibuk nak pegi keja, penat balik keja, sibuk urus suami dan anak, kena buat extra kerja lg masakkan dan hidangkan dan basuhkan pinggan mangkuk utk si pemalas. Ada masa sy tak larat masak dan buat itu ini , suami sy pulak jadi mangsa jadi babu. Pelik. Anak lelaki dia, boleh bagi banyak alasan tak boleh buat itu ini. Anak lelaki orang lain (menantu dia), dibuat babu pulak. Bila sy tegur anak2 lelaki kesayangan mak sy ni, mesti jadi gaduh. Mak sy tak pernah cuba terima apa sy cakap dan sentiasa back up anak2 lelaki dia biar pun terang lagi bersuluh anak lelaki dia ni semua serba tak boleh. Mak sy ni enabler kepada sikap pemalas dan tiada common sense anak2 lelaki dia. Bila nak sewa rumah nak tinggal asing, ayah pula merajuk. Dan menyindir. Ayah pun toxic. Sejenis yg semua duit kena bagi kat dia. Cth mcm, kalau nak bawa anak makan luar, dia akan cakap “banyak duit. Baik buat isi dapur duit tu”. Padahal dlm setahun berapa kali ja bawa anak makan kat mamak. Pastu kalau nak menyewa , sindir lagi “banyak duit. Duit tu drpd buat bayar sewa baik bagi mak ayah” . Padahal kita dlm sempit2 yg takda org nak tolong pun tetap hulur duit. Nak bunuh diri kdg tp mcmna. Demi anak terpaksa teruskan hidup hadap mak ayah mcmni. Selain dr tu, mak saya jenis suuuuukaaaaaaa berburuk sangka dgn semua orang dan banyak tabur fitnah. Kalau tegur , dia akan ckp kita anak derhaka . Pastu dia nangis dan buat kami rasa mcm kami ni akan masuk neraka sbb buat dia nangis. Semuanya sbb kami tegur sikap tuduh menuduh fitnah memfitnah dan berburuk sangka dia tu. Dan , mak sy suka adu domba antara kami adik beradik. Depan yg sulung , burukkan yg bongsu . Depan yg bongsu , burukkan si angah . Mcm tu . Nasib kami adik beradik dah pandai luah sesama sendiri skrg utk elak salah faham dan elak masam muka . Dan, kita tak boleh cakap kita penat ke takde duit ke. Habis buruk kita dikata dan disindir kalau ckp mcm tu. Sejenis tak paham orang. Nak difahami je tp tak letak diri sendiri kat tempat orang lain. Suami sy dah lain2 dah dgn sy. Mcm tak happy dah dgn sy. Kdg risau kalau satu hari nt suami guna ni semua sbgai alasan utk tinggalkan sy. Tolong la share kat sy kalau parents awak pun toxic so sy tak rasa sendirian sgt hadapi dunia ni sbgai anak yg malang. Geram aku!

24 Balas

saya pun pernah rasa apa yg awak rasa sis..jadi Sblom jadi apa2 yg lebih teruk..saya keluar ja dari rumah...Sblom kahwin saya dok bilik sewa..bila dah kahwin saya sewa sndri dgn suami .xmau nk menyusahkan sapa2 .tambah2 ahli keluarga sndri yg toksik..jadi angkat kaki jela sis..biarkan dia hidup dgn anak laki dia .bila kita keluar dari rumah tu..mentel kita pun terjaga

Sis. Saya pernah hadapi samaaaaaaaaaaaaaaaaa mcm sis. Tolong sis. Tolong fokus dan jaga keluarga kecil sis sahaja. Tolong bahagiakan keluarga kecil sis sahaja. Tolong jaga perasan suami dan anak2 sis sahaja!! Ibu dan ayah sis bukan tanggungjawab sis. Mereka tanggungjawab abg2 dan adik2 lelaki sis. Keluar sis. Keluarr.

fmly awk toxic.tpi rezeki awk dpt suami elok..klw sy ,sy akn bncng dgn suami dn lebih baik pindh..lg pn awk da ada suami yg kena utamakn ..pandai2 la anak llki mak awk tu hdup..soal mak ayh biarkan dengan perngai mereka..aslkn awk tahu diri awk tak durhaka hormat org tua ok da..mulakn hdup dengan suami pla..

Bila dah kawin, perempuan kne utamakan suami. Kalau anak lelaki ye masih kne tanggungjwn pd makpak. Awk jaga hati sendiri dan suami dlu. Sewa rumah lain. Nk ambil hati makpak blkla sbln 2x ke gitu bg belanja skit2 sudah diorg nk kata apa terpulang.

Keluar je rumah. Sebab pape pun kena utamakan suami dulu. Selagi sis tinggal kt situ, sis pun enabler kpd apa yg buat dorang wat kt sis & suami. Lantak la mak nak nangis panggil anak derhaka, ayah nak perli. Dah terang2 dorang toxic sampai babukan suami sis.

sya bukan juga fam toxic, cuma mungkin kawin mudah masa tu x tau sya dh ada laki tpi masi ikut ckp mak tpi skrng ni sya lebih kpda laki sya sbb knpa, dia yg jaga sya dia yg ada dgn sya skrng so bagi sya , awk pun kna ikut syurga awak.

saya tak pernah lalui benda macam tu . tapi saya dah pernah tengok macam mana makcik yg rapat dgn saya kena macam tu . last sekali , maksu saya dah kawin , duduk asing . baru lah nmpak bahagia hidup org tuu 👍🏻

keluar je dri rumah mak awk. bina hidup awk dgn suami. awk skrg tanggungjawab suami dh. sy pun xboleh dduk lama-lama dgn mak sendiri. banyak yg x elok dri yg elok.

Sis..sya stuju ngn smua pndapat ibu2 dsini.. Please kluar dri rumh tu..biarlaa dicop anak derhaka skalipun..pntingkan rmh tngga sis dlu

Tolonglah keluar dari rumah tu sis. Jangan pedulikan diorang. Kalau blh jangan bagitahu sis nk pindah. Dah dapat rumah baru bagitahu .

Soalan berkaitan

Soalan popular

Artikel Berkaitan