Stress fikir kerja
Macam mana ye nak handle. Sy dah 35week dan masih bekerja lg tapi setiap malam stress fikir penatnya nak pegi keje keesokan hari. Adakah sy patut cuti sampai habis pantang nanti? Due 16/7 tapi bila scan kat swasta tu sonographer bgtahu kemungkinan bersalin awal lagi dari tarikh tu sbb baby agak besar. I need help 😭

Kes puan sama dengan saya. Kerja banyak, tapi badan dah tak larat dan kaki asyik bengkak sebab rumah saya tingkat 4 tak ada lift. Seminggu saya hanya mampu pergi kerja 3 / 4 hari sahaja sebab memang tak boleh bangun, sakit sana sini. Bila dah masuk 35 minggu, saya nak cuti pun susah sebab pulun siapkan kerja dan serahan tugas sebelum induce pada 38 weeks. Gagahkan diri pergi ofis tapi bila hari yang sakit teruk, terpaksa mohon WFH sebab nak pergi klinik ambik MC pun dah tak larat. Saya rasa ramai wanita bekerjaya hadapi masalah ni. Mental kena kuat. Ambil supplement untuk bantu tambah nutrisi dan tenaga. In syaa Allah semoga Allah permudahkan semua urusan ibu-ibu bekerjaya macam kita.
Baca lagi

