Stress fikir kerja
Macam mana ye nak handle. Sy dah 35week dan masih bekerja lg tapi setiap malam stress fikir penatnya nak pegi keje keesokan hari. Adakah sy patut cuti sampai habis pantang nanti? Due 16/7 tapi bila scan kat swasta tu sonographer bgtahu kemungkinan bersalin awal lagi dari tarikh tu sbb baby agak besar. I need help 😭
Kes puan sama dengan saya. Kerja banyak, tapi badan dah tak larat dan kaki asyik bengkak sebab rumah saya tingkat 4 tak ada lift. Seminggu saya hanya mampu pergi kerja 3 / 4 hari sahaja sebab memang tak boleh bangun, sakit sana sini. Bila dah masuk 35 minggu, saya nak cuti pun susah sebab pulun siapkan kerja dan serahan tugas sebelum induce pada 38 weeks. Gagahkan diri pergi ofis tapi bila hari yang sakit teruk, terpaksa mohon WFH sebab nak pergi klinik ambik MC pun dah tak larat. Saya rasa ramai wanita bekerjaya hadapi masalah ni. Mental kena kuat. Ambil supplement untuk bantu tambah nutrisi dan tenaga. In syaa Allah semoga Allah permudahkan semua urusan ibu-ibu bekerjaya macam kita.
Baca lagiKalau sis boleh mohon awal, sis minta la cuti awal sebab mental sis pun kena jaga. Tapi saranan saya, sebelum cuti pastikan takde kerja tertunggak atau dah serah tugas awal2 supaya senang nanti kita nak cuti pun tak diganggu dan coworkers lain pun tak tertanggu dengan cuti kita. Tapi nanti masa dengan baby sis tak lama la kalau sis ambil cuti awal. Saya gagah juga kerja, niat selagi baby tak keluar selagi tu nak kerja sebab nak spend time lama dengan baby. Start 36weeks saya dah serah tugas sikit2 and ajar pengganti saya kerja2 saya yang masih pending supaya tak haywire kalau tiba2 nak bersalin
Baca lagiSy tmpt parking kreta dgn ofis agk jauh.. Prjalanan g blik keje pn dh jauh.. Lps tu kne jln kaki masuk ofia pn jauh.. Bby pn scan besar.. 33wk 2.5kg, 36wk 3.2kg..so sy start ambil maternity leave awal 36wk..cuma nnti lps pantang kne masuk ofis awal la sbb maternity leave tetap 98hri..
Sama saya masa start 30w+ mmg stress kerja tu tk boleh nk ckp, sampai nangis2, tapi kalu boleh mohon cuti awal sis mohon cuti awal. Saya cuba jugak bertahan sampai 36w pastu smbg wfh skjp. Lgpon dh dpt tarikh serah diri awal dr due utk induce. Keep strong sis you can do it!
sama mAcam saya..masih keja...Tak larat dok kat office lama,sakit pinggang...nak pergi tandas jauh,kerap kencing...36 Weeks berat baby 3.2kg...hari ni 37 weeks 3 days,doktor nak check bukaan...harap ada bukaan...
kalau stress better ambil je cuti. kena utamakan kesihatan mummy and baby.
mungkin boleh minta doctor mc sampai due ke atau 2minggu ke.
kalau boleh cuti..cuti la..jg emosi