Betul ka tak boleh .

Maaf saya nak tanya kalau dah habis pantang berapa lama kena tunggu untuk boleh makan meggi @ kuew teaw ya ? Saya dah 48 hari dah hari nie.. teringin nak makan meggi tapi mak saya cakap tak boleh makan lagi .. kenapa ya ? Ada yang tahu ? #bantujawab #bantusharing

12 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

nk makan apa pon mkn laa slagi tiada apa2 msalah. bdn awak , awak yg tahu. stgh orng makan ikan tertentu boleh jdi allergy so dia elak walaupon makanan tu berkhasiat. tu namanya berpantang makanan. tapi lebih laa elok kalau tgh B/F atau bdn tgh recovery dari bersalin makanan tu yg tinggi dengan nutrient untuk kesihatan diri dan baby yg B/F. kuewtiaw masih ok lgi Maggi segera tiada manfaat apa2 kcuali tambah protein dan sayuran. maggi susah bdn nak hadam sbb tu tak elok. cuba try Maggi segera yg lebih healthy contoh nya egg noddle.pilihan di tgn anda. kdang kita kena lawan minda kita untuk kurangkn makanan yg tiada nutrient such as maggie segera ni lgi2 tgh berpantang. u can do it. all the best!

Baca lagi
TapFluencer

makanan berasaskan gandum macam mi etc ni ada gluten, ada orang badan dia susah nak hadam, buat radang dalam badan. lepas bersalin, mmg dah banyak keradangan dalam badan sebab sel2 tengah dalam proses baik pulih, and sistem imun kita pun tengah low, sebab tu tak berapa elok kita bebankan lagi badan kita dengan makanan yg susah hadam ni. even kalau badan kita tak ada masalah hadam gluten pun, makanan high-processed mcm tu memang badan susah nak hadam, jadi akan bebankan sistem badan. tapi kalau kempunan sangat, jamah lah sikit. tambah sayur2 etc, bagi lebih sihat. kalau sampai stress teruk sebab tak boleh makan megi pun, ganggu kesihatan juga.

Baca lagi

kenapa pulak tak boleh makan? cuba tanya balik. ada alahan ke? kalau takde makan jelah. dalam pantang saya makan je. takde pulak effect baby ke apa walaupun saya menyusu. kuey tiow tu dibuat dari tepung beras. maggi tanpa perencah pun dari tepung dan kanji. jadi apa masalahnya sampai dilarang nak makan? tanya je balik mak awak apa sebabnya. tanya doktor pun dia kata boleh selagi kandungan masakan takde yg berbahaya

Baca lagi

kne try n error tgk ats badan penerimaan org lain2 tp klu nk bagus elakkan tunggu sampai betul2 habis pantang.. sbb saya try mkn yg mak ayah larang bentan.. kite ade baby nk kne jge slgi baby df elakkan sbb kesian baby terima kesan sbb kite tak jge mkn.. tunggu baby 6 buln dulu baru bole bedal semua tp berpada2 😅 harap dpt membantu

Baca lagi

sya makan jamah² je kalau teringin sgt sbb kesian kat bby xdpt zat yg btul . maklum la saya ni byak benda yg tak makan dari makan . rasa serba salah sgt bila nak makan maggi tu .

Saya dalam pantang dah makan dua dua Kadang2 maggi goreng, kuetiau goreng.. lepas test takde rasa kembung ke apa baru saya makan kerap..

sy 3minggu pantang terus makan maggi buat lauk🥲 mak mentua jaga sy 2minggu sahaja tu pun dia bagi sy makan bubur kosong @ bubur ayam

dah 48 hari makan je la, mak tak bagi ajak je husband makan megi kat tempat lain takat nk lepas teringin.

Saya hari ke 33 dah makan maggie dan samyang. Boleh je makan kalau tengok perut baby ok je tk cirit

Saye dah habis pantang… saye bedal je semua… Alhamdulillah sihat je sampai skrg…