Berkaitan pampers

Maaf saya baru jadi first mom. Saya nak tanya, saya ada baca comment dekat video TikTok atau mana2 sosial media, kenapa kebanyakan mak-mak, ibu-ibu akan biarkan pampers bayi berjam-jam tanpa tukar dan tunggu pampers penuh atau bocor baru tukar pampers. Boleh saya nak tahu kenapa? Adakah sebab nak jimat atau ada sebab lain? Saya tertanya-tanya, maaf #firstmom #ingintahu #firstbaby

21 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

hmm, kalau saya, setiap kali baby nak minum, saya akan tukar pampers dulu, jadi setiap 2-3 jam tu, I tukar pampers. ada orang tegur, kata I bazir pampers. tapi I takut sangat baby naik ruam, tak selesa etc. mereka bukannya boleh bercakap bagitau kita kan kalau tak selesa. lagipun tak ganggu tidur bayi sebab selepas minum susu tu, mereka boleh tidur dengan selesa sebab pampers bersih, perut pun kenyang.

Baca lagi
2y ago

betul tu.. saya pun akan tukar pampers setiap 2-3 jam sebelum dia menyusu. kesian nanti baby tak selesa. soal membazir atau tak tu tolak tepi. yg penting kebersihan dan kesihatan baby.