Pengunaan Bengkung

Maaf nak tanya kalau berpantang memang wajib pkai bengkung ka? Semua yang pernah berpantang kat sini mmg pkai bengkung ka time pantang.. Ada yang plusize x? Beli bengkung kat mn ye?? #ingintahu #seriusnanya #firstmom #pleasehelp

18 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

sy tgh berpantang skrg ni 😂 dalam tempoh seminggu lepas bersalin sy x pakai langsung bengkung. rasa nyeri satu badan tuhan je tau pastu kt luka jahitan bawah tu sakit sgt bila bergesel. masa bidan dtg mengurut dia bebel kata sy x ikut pantang. bengkung tu bleh minimize gesel kt jahitan dan bleh fix posture tulang pinggul. so sy pakai la bengkung and betul2 selesa nak duduk dan baring 😂 sy tersilap beli bengkung 3in1 saiz 2xl jenis tampal² kt shopee tu tp kt pinggul sy gabung 2 bengkung dan lilit kemas² serius selesa dan badan pn dh mula nampak in shape balik. kat pinggang pun sama sy pakai bengkung siang malam nk bagi Kempis balik. selain tu sy amal mkn herba² cina tuk hilangkan sakit rengat, kecut peranakan, herba sepang kederang pun sy minum tuk pulihkan luka dalaman dan luaran, ubat sembelit kena mkn jugak at least 2x seminggu. air masak pn kena minum byk² bagi pecah2 lemak dlm badan dan tambah susu ibu.

Baca lagi
2y ago

owh bidan dtg mengurut tuk hilangkan bengkak susu ye bukan mengurut satu badan 😂

dulu 1st baby i pakai bengkung beberapa kali je, lepastu tak pakai. rimas. pantang pun cincai, lepastu asik menangis stress dgn susu badan tak de. masa tu i tak pandai apa2.. now preggy no 2, dah gali byk ilmu, and nak pakai bengkung and xcited nak pantang and kurus.. i nak tebus balik masa ank 1st dlu tak dapat buat macam2.. dulu tak berapa nak pakai sebab leceh nak pakai buka pakai buka kalau nak kencing ke apa.. now i beli mcm2 jenis bengkung, yg tali, yg zip zap, yg pelekat🤣🤣🤣 boleh tukar tukar and nak galakkan diri sendiri pakai..

Baca lagi

Sy pun xtau apa2 pasal penggunaan bengkung ni ,sbb sy tgh mngandung anak pertama dan tiada pengalaman juga. Baru2 ni sy ada beli bengkung kat shopee harga berpatutan,brand jamu jelita jenis yg bertali boleh pakai agaknya kalau utk badan plus size,sbb ada tali. Sy tgh tunggu due date nk bersalin ,so belum try lagi. Org kata pakai bengkung sesuai utk kempiskan perut selepas melahirkan ,sesuai juga d pakai supaya perut tidak masuk angin.

Baca lagi
Post reply image

Beli bengkung lebih baik beli yg labuh sampai ke pinggul sebab selain nak kempis kan perut, nak masukkan balik tulang pinggul yg dah mengembang tu akibat proses kelahiran kata bidan.. Nanti kalau tak jaga waktu pantang, habis pantang dah boleh makan macam biasa lemak2 masuk ke ruang yg dah meri tadi tu yg ada org lepas bersalin pinggul besar je. Badan jadi bentuk pear besar bawah..

Baca lagi

Bengkung penting amat sis, tanpa bengkung takde support usus2 semua yg dah gleber susah nak berak nanti. Paling penting fungsinya utk kempiskan perut flatkan dengan cepat. Tanpa sokongan bengkung tu tak menjadi.

Bagi saya lagi sedap pakai bengkung sebab rasa mcm ketat pinggang tu. Lagi kalau ada sapu2 benda utk hangatkan badan. Selesa sangat. Kalau xpakai, rasa sakit lenguh je 😅 saya plus size beli kt shoppe

VIP Member

Bagi saya, x Wajib. Tp, mungkin org lain ada pandangan masing2. Saya x pakai Bengkung masa pantang. Bila rahim mengecut,perut sy kempis spt biasa. Cuma perlu jaga makan semasa pantang. Dan susu kan baby.

For me, wajib. Bukan apa utk cepatkan proses kempis perut utk cepat kembali asal and perut tak londeh. Beli bengkung yg jenis tali sis. Tksilap ada satu jenama tropika. Or tey search kt shopee

sye beli bengkung dkt shopee je. bru rm29 utk yg zip. yg tali rm23. boleh support sampai berat 100kg. hari tu try masa mengandung ni boleh je muat. mkna nya lps bersalin nnti muat jugak la tu.

VIP Member

xpkai.. sbb czer.. .. ank dh umur setahun bru cbe2 pkai.. tu pn ikut mood.. skng preggy lg...xsure nk pkai ke x...hihihi