Privacy PolicyCommunity GuidelinesSitemap HTML
Download our free app
❤️ Lily Medinah
Puting botol susu
Ada tak ibu ibu kat sini yang anak nya dh umur 3 tahun dan masih menyusu botol ? Saya geram dengan perangai anak saya ni.. dia lepas habis susu sebotol mesti suka kunyah2 puting botol tu. Jenuh la saya baru tukar puting belum sampai seminggu dah hancur berlubang dikunyah nya. Saya pernah pergi kedai manjaku and tanya staff situ. Sippy bottle tu sesuai tak kalau nak buat minum susu.. dia kata tak sesuai. So saya pening dah mikir cara lain selain dari nak kena tukar puting baru sebulan sampai 5-6 kali 😅 anak saya pakai botol susu autumnz wide neck yg puting soft silicone tu. Atau ada puting lain yg tahan lasak dan sesuai untuk botol yg sama ya ? Tolong bantu ibu ibu semua. Puting autumnz tu kalau sekali beli memang saya kena standby kurang kurang 4 pack 😂
Frozen lauk berpantang
Hai. Ada ke ibu ibu di sini yang sediakan sendiri lauk frozen untuk berpantang nanti ? Saya bakal berpantang sendiri. So untuk memudahkan urusan suami, saya ingat nak masak awal2 dan frozen kan lauk2 tu semua nanti. Ada yang boleh kongsi pengalaman ? Terima kasih 🥰
Perut mengeras
Salam semua. Saya nak tanya, perut mengeras ni rasa macamana ya sebenarnya ? Rasa tegang kt perut tu ke ? Maaf saya first pregnancy so takde pengalaman. Terima kasih.
Zincofer
Hi. Ada tak sesiapa yang tak makan zincofer, tapi ubat tu ada kat dia ? Saya dah 4 hari habis ubat tu. mintak kat kk, diorg pon habis stok. Cari kat farmasi, semua takde 😥 mintak sesiapa yang ada zincofer dalam simpanan tu, saya nak beli boleh ??
Emosi
Ada tak kat sini yang jadi terlebih emosi semasa first mengandung ? Sebelum ni saya bukan seorang yg cemburu. Tapi lepas mengandung ni Ya Allah.... cemburu tu tak tawu nak kata.. suami pulak jenis bekerja sendiri yang memang kena hadap customer 1 by 1 and update melalui messanger dan whatsapp. Sebelum ni saya boleh je faham kerja dia. Tapi sekarang macam jadi cemburu buta taw ! Saya faham keadaan pkp sekarang ni job suami slow and dia struggle dgn sy yang baru 4 bulan mengandung. Tapi bila saya nampak nama perempuan lain kat fb dan messanger dia, saya jadi nak marah tak tentu pasal. Padahal urusan mereka semata atas kerja. Saya tak lepas kat dia. Tapi sy jadi tarik muka and nangis sendiri. ? berbeza sangat perangai sekarang. Aiyooo. Saya pon tak faham dgn diri sendiri. Dah istighfar and pikir positive banyak kali pon tetap otak ni nak fikir bukan2. Dah lah kuat cemburu lepastu jadi cepat nak nangis. Haritu tengok orang buat ucapan hari raya pon saya menangis ! ? Agak2 turun ke anak tak nanti perangai ni ek ? ?
Turunkan berat badan
Boleh kah saya nak turunkan berat badan dalam tempoh mengandung ni ? Sebab berat saya sekarang dah 95kg. Kandungan baru 3 bulan ? saya risau pulak berat melebih2 nanti.
DIET KETIKA HAMIL
Hi semua. Ini first pregnancy saya. Sebelum saya tahu saya mengandung, saya dalam plan berdiet. Now berat saya 94kg, and kandungan 11 weeks. Soalan saya, boleh ke saya teruskan diet dalam tempoh mengandung ni ? Sebab saya ada baca2 info katanya time pregnant ni berat tak elok turun ya ? ? at least saya nak kurangkan lagi dalam 10kg macamtu. Boleh ke saya teruskan diet and kurangkan berat badan ? Terima kasih atas jawapan semua ?
Breast membengkak.
Hi. Normal ke kandungan baru 2 bulan tapi breast dah membengkak ? Bra saya banyak yg dah tak muat cup nya. Risau sebab ini first pregnancy saya. Tak tahu apa2 ?
Susu soya vsoy
Hi semua. Nak tanya boleh ke sepanjang pregnant ni saya minum vsoy yang ni ? Sebab nya saya tak boleh minum fresh milk. Alahan laktosa. Perut saya akan jadi kembung yang teruk. Sekarang baru 9weeks. Ade kesan apa apa kalau saya teruskan sampai 9 bulan nanti ?