Minta doa ya mommy semua

Minta doa ya mommy semua
19 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

mudah mudahan dipermudahkan segala urusan mommy.. diberi kesihatan yg baik buat ibu dan anak.. diberi kekuatan buat suami yg mencari rezeki juga.. Inshaa Allah, banyakkan doa dan tawakkal pada Allah ye.. saya juga melalui ujian yg berat.. skrg 36w.. beg ke hosp pun belum ready.. tapi sy preggy anak ke 5, jadi ada la barang2 yg kakak2 sblm ni masih boleh diguna.. saya diuji, suami kena scam, semua saving dlm acc hilang lesap.. simpanan utk preparation bersalin semua gone.. kejadian waktu raya haji lepas.. masa tu pulak gaji baru masuk.. satu apa pun komitmen belum bayar.. punya la rasa terhempap, fkr nak teruskan hidup dgn duit dah takde, dengan nak tggu lagi sebulan gaji akan datang.. suami saya bekerja.. part time buat grab di hujung mggu.. tapi lepas kejadian tersebut, suami sy tiap hari buat grab lepas waktu bekerja.. tgh mlm baru balik.. hari mggu selepas subuh trs keluar, balik tgh mlm.. sempat la tidur beberapa jam sebelum subuh tu.. seksa nak settlekan semua komitmen Allah saje yg tahu.. tapi kita berserah pada Allah, pasti Allah mudahkan jalan.. Baru rasa nak bernafas lega skt lps segala komitmen dpt di selesaikan sikit2.. kami diuji pula, anak sulong sy terkena pukau oleh kenalan online.. dlm tak sedar dia cuba larikan diri dari rumah.. nasib waktu tu sy alert.. dan syukur anak saya selamat.. kalau tak, tak tahu la apa jadi.. sebab waktu tu anak sy nak lari ke parit buntar, dan tempat yg dia nak pegi sy dpt info dr polis, bnyk kejadian pemerdagangan manusia dan keldai dadah.. Tak tahu masa tu nak rasa apa.. kalau lah sy x perasan waktu anak sy nak lari tu, mungkin sy dah kehilangan dia.. tapi Allah selamatkan anak sy.. syukur Alhamdulillah.. lepas kejadian tu pula.. sy nak jaga emosi sendiri dan nak pulihkan anak saya.. dlm masa sama, badan dah tak larat sgt rasa.. Tapi sy berserah segalanya pada Allah.. hanya dia tempat mengadu.. Moga Allah bagi ketabahan, dan kesabaran buat mommy juga ye.. Inshaa Allah... 🤲🏻🌹

Baca lagi