anak 1st tu sgt memerlukan perhatian sis sbb tu dia tantrum or buat perangai.
sye pernah alami situasi lbh kurang mcm sis dlu. Apa yg sye buat, sye spend time dgn dia sama2 dgn adik. main sama2, baby letak je sebelah. selalu peluk cium dia, ckp kita syg dia.
nk hantar anak taska boleh je sis. masukkan anak thun depan since skrg dh hujung tahun sekolah pun dh nk habis sesi.
masa nk amek anak taska, baby letak je dlm carseat. sblom tu bg dia susu/makan kyg2, salin lampin etc. standby finger food mcm biskut roti etc .
kalau dlm perjalanan tu dia mula nangis , dkt sini sis kne hati kering, pekakkan je telinga.
mungkin dia xbiasa dduk dlm carseat, nnt lama2 dia ok.
anak sye 4years bru hantar playschool, cuma mula2 sesi persekolahan tu jela dia nangis hampir 2minggu jugak sbb xpernah kne pisah. lpstu alhamdulillah dia ok je. ramai kawan2, bnyk buat aktiviti.
sis pun nnt next year blh focus dkt baby. kuranglah sikit rasa stress tu.