Korang siapa yang pernah checkup swasta. Biasanya charge berapa ya? And detail nya sama macam KK tak? And ubat ubatan tu kita wajib beli kt klinik tu juga, atau boleh beli kt farmasi? Saya tgh confius nak buka kt klinik kk or swasta. Sebab nya klinik kk saya checkup biasa tu tengah renovate, so dia pindah sementara renovate tu location jauh jugak dari rumah. 40 minit juga dari rumah. Plus saya ada anak umur setahun sekarang ni. Takut dia meragam tunggu lama lama. Sbb kk biasa checkup pun 3 jam😭
Saya prefer kk lagi sebenarnya. Tapi tulah kenangkan anak saya ni meragam, anak saya pulak mmg kuat meragam kalau kat luar. Takut tak terlayan bapaknya nnti. Dah lah menyusu badan tu. Nak taknak mmg kena bawak dia. plus location agak jauh nak pergi. Nak checkup swasta takut nnti overcharge pulak. Over budget pulak. Sebab yela biasa kk bagi obimin semua tu, calcium pil. Plus saya masa first baby ada gdm. Kalau sangkut, dah ubat kencing manis pulak nnti
Boleh bagi pendapat tak, checkup swasta or KK? Huhu dah dua minggu saya fikir.
Farah