Nak pesan buat ibu2 termasuk saya
Korang bila dah dapat tahu preggy, time tu pulak kandungan dah 3/4 bulan or 16w keatass , dah boleh beli barang sikit sikit, (bagi mereka yg ada masalah kewangan) jgn takut untuk beli barang awal, hiraukan apa yg org cakap, awal lagi la apa la, kalau nak kata nanti apa apa jadi kat kandungan dah membazir, baby even lahir pun boleh macam macam jadi… kita bersangka baik je dgn aturan Allah.. bukannya apa, memudahkan kita jugak.. sbb kekadang, masa nak hujung2 la Allah uji kita suami isteri pelbagai ujian, especially dari segi kewangan, dengan fikir kelengkapan anak lagi, kelengkapan bersalin apatah lagi… saya alhamdulillah start beli sikit sikit masa kandungan 3bulan, skrg ni nak 29w, Allah uji perlbagai ujian buat kami, dari segi kewangan dan kesihatan.. tapi alhamdulillah, barang anak banyak dah ada walaupun masih xcukup.. cuma terkilan barang diri sendiri je masih belum dapat beli, sbbnya bila kira kira sampai due, kewangan tidak mencukupi untuk beli kelengkapan yg lain lain.. nasihat sy, ada rezeki lebih, terus je beli kelengkapan diri&anak untuk persediaan awal… Inshaallah semua nya baik baik je.. kita berserah pd Allah.. sedih jugak baca banyak posting yg masih tiada persediaan untuk bersalin, keperluan baby xdapat beli dsbbkan kewangan.. I feel you 😭😭 cumanya sy bernasib baik bertindak untuk persediaan awal, beli sikit sikit, walaupun skrg still terasa banyak tak cukup.. doa sy untuk semua, semoga kita dilimpahkan rezeki dan dpermudahkan segala urusan…. goodluck ibu ibu 💜♥️
Mom of special baby and certified physiotherapist