Bukaan nk bersalin

Hi. Klau bukaan blum 10cm pergi hospital mmng kna blik ke? #firstmom

15 Balas
 profile icon
Tulis jawapan
TapFluencer

Pengalaman anak 2nd saya bersalin di hospital kerajaan, masa contraction kerap beberapa minit sekali tapi still boleh tahan, terus siapkan diri & bawa beg semua. Time ni kena tahan sikit sebab sempat lagi kemas rumah sikit sikit & baru nak packing baju anak & mak. Rasa sakit pukul 6pg, pukul 9pg baru pergi hospital. Cek bukaan baru 3cm. Doc kata standby dekat labour room. Berapa jam lepas tu baru pecahkan air ketuban. Air ketuban pecah tak habis, kena korek sikit bagi rasa kepala baby, barulah rasa contraction tu rasa sakit sesangat. Pukul 5ptg baru selamat bersalin.

Baca lagi

Saya turun tanda darah pukul 7 pagi dengan rasa contraction. Mandi dan bersiap terus pergi hospital. Around 11 pagi check bukaan baru 2 cm. Tapi doctor dah suruh admit ward. Pukul 4 setengah petang saya rasa sakit contraction makin kuat. Pergi berjalan jumpa nurse, nurse suruh tahan sakit. Dia kata tu biasa la sakit. Nurse tak percaya saya sakit sangat. Last2 doctor yg first check saya nampak saya. Then terus check laluan. Dah 9 cm. Tolak labour room. Pukul 5 suku lahirlah puteri kedua saya. Suami pun saya tak sempat nak call.

Baca lagi
2y ago

teruknya nurse mcmtu. hosp mana

agaknya bergantung dgn keputusan ecg kot. anak pertama sy dtg ke hosp dah 9cm. terus bersalin. anak ke 2 pula sy ada contraction kuat,bila cek baru 2cm. sy nak balik rumah,tp nurse suruh warded. memang contraction je kerap sy rasa masa tu,malam tu juga sy bersalin. kadang ada org nak ambil masa nak buka cm,kadang ada yg cepat. ecg tu biasanya boleh tahu bila kita rasa contraction

Baca lagi

saya xpasti. mgkin untuk firstmom kalau bukaan 4cm bru dia akan tahan. kalau macam saya, masa buat ecv anak kedua, doc akn cek bukaan dlu slpas ecv, kalau dah ada bukaan doc xbagi balik, katanya ank kdua n seterusnya senang berbanding anak first. so cek dah 2cm, doc terus xbagi balik.

tk sure. sbb mcm saya. 1 cm. lpastu sakit sgt contraction dh terasa kuat. trus ke hosp, kene admit. lepastu check 3-4cm. trus kene tolak ke labor room. so kt sini, depends on bdn kita kot. kene pantau rasa sakit contraction/tanda2 bersalin.

sekiranya bukaan awak dh 4cm keatas doctor xkan benarkan awak balik rumah dh. doctor akn tolak masok labour room terus. lagipon 4cm keats ni contraction dh makin kerap. awak nk buat apa pon dh xselesa. awak dah ada bukaan ke? dah ada contraction?

tak kot... 2-3 cm dh blh masuk wad... kalau anak 1st bukaan 1cm mungkin kena balik. tpi kalau x da bukaan pun sakit contraction/dah pecah air ketuban/keluar darah terus kena masuk.wad. hospital tak kan tunggu sampai 10cm bru masuk wad....risikkoo

sy dr anak first dtg lps kuar lendir dgn darah skit. masa tu mmg da rase contractions da. sampai sane 4 cm tggu laboor room kosong je.. lps bersalin baru masuk wad. harap2 no 3 ni pon sama la. da tanda baru g. sng xyah nk kena seluk cek..

Ada keluar tanda x ? darah ke ? klu ada tanda rsa nye kne tahan wad dlu . Mcm sy msa brslin hritu pagi keluar darah . Trus pegi hospital check bukaan 3cm . Kene duduk wad dlu . Mlm tu jgk sy brsalin

Tengok severity contraction awak dulu. Tengok reaksi doktor jugak, kalau Delivery sebelum ni awak cepat lahirkan atau sakit terlalu kuat. Kalau contraction kuat dan kerap mmg kena tahan.