Sesi Tanya Pakar Bersama Ms Faznim Binti Fazil, Pantai Hospital Ampang

Kepada Ibu Bapa Baru yang Disayangi! 🤗🌟 Seiring memulakan perjalanan mengasuh anak, salah satu aspek yang paling penting dalam perkembangan awal bayi anda adalah memastikan kenaikan berat badan yang sihat. Menyaksikan si kecil tumbuh dan berkembang adalah pengalaman yang menghangatkan hati, namun kami memahami bahawa mungkin timbul pertanyaan tentang pertambahan berat badannya dan kesejahteraan secara keseluruhan. Bagaimana cara memahami apakah berat badan bayi sudah mencapai kriteria yang sehat dan sesuai dengan perkembangan mereka? Apakah jenis makanan padat yang sebaiknya diperkenalkan pada bayi yang sudah siap untuk mencoba makanan selain ASI atau susu formula? Selain itu, apakah tanda-tanda bahaya yang harus diwaspadai oleh ibu bapa jika berat badan bayi tidak naik sesuai yang diharapkan, dan kapan sebaiknya mencari bantuan dari dokter atau pakar kesehatan? Sertai sesi yang penuh maklumat ini yang diwujudkan khas untuk ibu bapa baru seperti anda! Pada 24 Ogos 2023, Khamis, pakar kami, Ms. Faznim Binti Fazil - Pantai Ampang Hospital, akan mengatasi semua pertanyaan anda dan berkongsi tip berharga tentang membesarkan bayi yang ceria dan sihat. 📚🤗 *NOTA: Sebarang persoalan di luar daripada topik dan tarikh yang ditetapkan mungkin tidak akan dijawab atau dipadam terus.

Sesi Tanya Pakar Bersama Ms Faznim Binti Fazil, Pantai Hospital Ampang
15 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Hi Ms Faznim! Anak saya umur 1 tahun 1 bulan, berat 7.8kg dan tinggi 73cm. Appreciate if Ms can help shed some lights on the below: 1. Apakah contoh jadual pemakanan dan penyusuan baby? Skrg saya bagi susu bila baby bangun, 1.5jam kemudian bagi breakfast. Lepas tu tidur dan makan lunch lepas bangun. Selepas lunch, mandikan baby dan bagi sedikit susu sebelum baby tidur. Selepas bangun, makan malam dan minum susu sebelum tidur. 2. Saya ada bagi susu high calorie, Ascenda. Baby kurang minum susu Ascenda berbanding susu Enfalac Baby yg dia minum sebelum ni, biasa kurang 1 oz. Adakah okay utk saya teruskan bagi kedua dua Ascenda dan Enfalac, atau sepatutnya tukar ke Ascenda sepenuhnya walaupun baby minum kurang 1 oz? Berapa banyak susu yg baby 1 tahun 1 bulan patut minum? 3. Doktor kata selepas umur 1 tahun, baby boleh makan sedikit garam. Tapi sedikit tu berapa banyak ya?Anak juga selalu nak makan dan minum apa yg saya makan. Biasa makanan dan minuman saya bergaram dan bergula. Saya perasan baby lebih berselera kalau makanan ada garam. Bolehkah saya bagi baby makanan bergaram sedikit, atau ini akan merosakkan buah pinggang baby? 4. Ada apa2 tips utk naikkan berat baby? Yg saya tau hanya titiskan Extra Virgin Olive Oil dlm bubur baby dan tambah unsalted butter dlm makanan baby. Thank you.

Baca lagi
9mo ago

4. Ya, untuk menambah kalori makanan, puan boleh menambah minyak (sebarang minyak) atau lemak (marjerin, mentega) dalam makanan anak