air liur bayi berbuih
Kenapa ya..kebanyakan bayi selalu keluarkan air liur dan berbuih..adakah ianya normal atau disebbkan sakit perut? Kalau tanya pada org2 tua..mereka kaitkan semasa ibu mengandung,tak dpt mkn yg diidamkan betul ke?
Aikkk. mana ada lah sebab sakit perut. Hihi baby kan makan makanan lembut n susu je.. Air liur bayi berbuih tu mungkin sebab mulut dia rasa kurang selesa, gigi susu nak tumbuh kot. Takdak kena mengena aih dengan ibu mengidam.. Apa yang saya tahu, fenomena macam ni jadi dekat baby yang dah nak masuk 6 bulan. Dia get ready nk makan solid food!
Baca lagiSakit perut takkan buat mulut bayi berbuih awak. Dia akan mula buat perangai, menangis dan sukar untuk dikawal.. Bila jadi air liur duk selalu keluar macam ni.. memang normal sgt untuk budak kecil.. ada yang cakap sebab dia sensor dengan persekitaran, suka makan mainan and so on.. Pasal ibu mengidam tu rasanya ada betul jugak hihi
Baca lagiDia belum ad kebolehan utk telan air liur lagi. Biasa tu. Mcm baby dh ad peti suara tp knapa belum boleh ckp? Sbb otak dia belum ad kbolehan utk gerakkan lidah dan brckp. Bgitu jugak dgn kbolehan utk telan air liur. Sy prasan 6bulan baby sy start mkn. Da xda main air liur. Da pndai telan 😊
hahahaha yela tu.. saya pun selalu dengar benda yang sama jugakkk.. orang tua-tua lah selalu cakap kalau air liur bayi meleleh pastu berbuih ni sebab ibu dia time mengandung ada mengidam then tak dapat.... so turun ke anak dia
sama lah sis anak saya pun mulut berbuih penuh air liur. tapi mak saya cakap ni sebab nak tumbuh gigi so gusi dia gatal tu yang keluar je air liur dia..jenuh jugak nak lap hahaha tapi takpelah asalkan takde apa apa buruk
Baby saya pun samaa sis... tapi sebab nak tumbuh gigi..gusi dia gatal tu yang dia dok main dengan air liur tu sampai berbuih jadinya.. normal lah air liur bayi berbuih awal awal ni normal je takde apa
depends juga tengok keadaan...orang kata kalau bayi keluar air liur meleleh ni sbb ibu dia ada benda ngidam tapi tak dapat masa hamil hehehe saya pun tak pasti ni mitos ke fakta
benda ni normal je sis kalau bayi keluar air liur dan air liur tu berbuih...jangan risau... biasa lah bayi ni kadang dia suka main ada yang gusi gatal lah apa so takde apa
Normal.. itukan proses tumbesaran bayi.. kalo sakit perut bayi akan meragam teruk.. anak sy pon sama suka buat buih..dah berbuih2 msti laa meleleh air liurnya..hehe
kalau anak saya dia pun keluar air liur tapi sebab nak nak tumbuh gigi. taktau pulak sebab lain kenapa. anak sis ni umur berapa? kalau risau boleh kot jumpa doktor