Nurse KK KD

Kenapa nurse KK dan KD semua garang²? Kadang tu garang tak bertempat, kita tanya baik², herdik² perli² pula dibalasnya. Macam takda adab. . #sedih #sedihrasanya #KKMpleasetakenote

10 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

2 X 5 Masalah perkhidmatan, masalah "delivery" bukan masalah jawatan & bukan masalah sektor kerajaan atau swasta. IA MASALAH PERANGAI MANUSIA, IA MASALAH BUDAYA KERJA. Memberikan khidmat yg terbaik ITU BUKAN BUDAYA ORANG KITA. Kenapa...? Sbb yg terbaik, yg amanah, yg tinggi integritinya itu tak ramai. Yg ramai ialah yg "mediocre" atau yg biasa2 shj. Makanya kita dilayan spt biasa2 shj iaitu LAYANAN TANPA "JIWA" & TANPA KEIKHLASAN. Mereka seolah2 terpaksa berkhidmat atau terpaksa melayan. 1. Ada doktor yg semacam terpaksa melayan pesakit, mukanya pun monyok mcm kura2. Kenapa...? Sbb dia termenjadi doktor. 2. Ada ustaz yg semacam terpaksa memberi ceramah maka ceramahnya hambar & hanya mampu menghidangkan kisah2 & cerita yg tak pasti kesahihannya. Kenapa...? Sbb dia termenjadi ustaz. 3. Ada guru yg semacam terpaksa mengajar, masuk kelas tanpa persediaan, mengajar pun ala kadar maka tak hairan masa mengajar pun sempat buat "content" utk cari "follower", sbb dia termenjadi guru. Dan banyak lagi... Mereka berkerja sekadar cari makan, sekadar memenuhi rutin hidup sebagai manusia. Perkara ini soal amanah... Selagi spesies2 ini wujud, selagi itulah negara kita tak akan maju. Tengok Jepun, sudahlah rajin, amanah lagi. Makanya jangan hairan, walaupun mereka kafir, mereka boleh memberikan khidmat terbaik utk pelanggan & majikan. Itu sbb mereka maju. Kita...??? Pelanggan dibiar bergelimpangan menunggu giliran, majikan pun diumpat fitnah seolah2 dia yg menggaji majikan. Satu ja sa mau kasitau, kita dibayar utk berkerja MAKA JATUH HUKUMNYA SEBAGAI AMANAH yg akan diungkit di Hari Kebangkitan. Culasmu di dunia akan dibalas di akhirat. Ingat... semakin besar gajimu, SEMAKIN BESAR AMANAHMU. Itu sebabnya aku kena lebih rajin & lebih bijak dlm melakukan kerja bbdg guru2 yg baru mengajar. Itu hukum asas. Ramai yg lupa hukum asas itu. Itu sbb ada yg MAKIN LAMA BERKERJA MAKIN MALAS BERKERJA. Mulutnya shj yg rajin. Inilah orang2 yg mengkhianati amanah. #copypaste

Baca lagi
Post reply image
5mo ago

begitulah dunia. tak semua sempurna tapi kita boleh plan untuk beri servis yang terbaik!

Kk mne awk pegi tu..buat la laporan klau benar. tp Tak semua mcm tu kan..sy dpt nurse yg okey..xpnh lagi la dpt yg celupar..nsb awk la dpt yg x okey..kdg2 sifat kite sendri yg buat org lyn kite mcm tu...kne tgk blk, muhasabah diri..kk ramai org, byr pon singgit je...asenye bukan kk je..semua premis krajaan mcm tu...mybe sbb ramai kot..kne bersabar..nk lyanan first class kne kluar modal lebih sket..check private...aman hidupp..

Baca lagi
5mo ago

awak belum kena sis. saya dah kena masa anak first. memang makan hati ingat sampai sekarang. ibu mengandung ni hati tisu, dapat pula nurse puaka. speechless 🤯

punca sy check up di swasta. bayar takpa dari sakit hati nak lalui 9 bulan menghadap KKIA. first pregnancy gugur. taktahu apa2. dtg KKIA time 6weeks. Nurse ckp dtg semula lagi 4weeks, kalau gugur takpayah dtg. Sy gugur pada 7 weeks. Now Allah beri rezeki lg. Ambil langkah untuk senangkan hati. Semoga Allah lindungi kandungan puan & kita semua 🤍🤍

Baca lagi
5mo ago

nurse ni diorang punya kursus macam askar ke? sikit² nak tengking

biasa lh tu awak...mmg akn ade sesetengah nurse yg mcm tu kdg dia org ni brckp mcm dia org xkn mengandung n beranak...sy pnh je jumpa yg jenis bual tapi kje slow yg jenis bebel je tapi tgk ank ank nurse pon rapat2 n x terurus....jdi kne kental kn hati ,n cuba tahan telinge je ...sbb klau kerajaan ni semua mmg ade perangai yg cm tu ..

Baca lagi
5mo ago

ouh. betul juga. ada sispaa. Alright cari sekarang!

sy kan sis kalau jumpa nurse mcm tu sy sound je sbb bukan sy tak byr p kk sy byr ok utk dptkan perkhidmatan. tapi itulah tak jumpa lg sy jenis nurse mulut celupar. sy g hosp pun layanan nurse dgn doc tersangatlah baik sampai sy tak jumpa satu kesalahan pun. mungkin berbeza layanan hosp di ibu kota dgn yg pantai timur punya.

Baca lagi
5mo ago

tak semua boleh outspoken gitu. kita ni dalan hati ada taman. huhuhu

balas balik sis, klu sy nk gaduh.. jom gaduh, give and take sis. Dia biadab dengan kita, kita kene 2x biadap daripada dia. Sy paling pantang org macam tu. Dia kuli je gaji berapa sangat nk herdik herdik orang konon

5mo ago

kitanya malas nak cari² gaduh ni. buang masa sebenarnya. cuma, memang rasa terhina kena herdik² depan orang.

Sy ms brsalin ank 1st dpt nurse n doc teruk2..trus trauma ank 2-3 brslin swsta..checkup sj sy ke kk gov misi ok lg xda jmpa yg puaka..hosptl bsar mmg truk bg sy sbb kja shift kot semua ikut baran masing2 😞

5mo ago

awak kena di hosp mana

nasib tempat saya ok ja. siap panggil diri dia akak. walaupun pertama saya takut lapor sbb mengandung beza setahun.

5mo ago

syukurlah awak dapat nurse dari syurga

tak semua pun mcm tuh, ikut orang juga, maybe misi tempat awak jenis mcm tuh kot. byk bersabar naa.

5mo ago

kalau byk cmtuh saya pun down, saya takat kena sorg dua mcm tuh pun down juga, ni 4tempat . sbb sllu mst akan ada yg okay, siap bole blawak lagi. maybe mmg tempat awak jenis straight kot.

tempat sy okei je blh buat gurau lg. mungkin nurse sana tgh mari bulan kot. positif jewla sis

5mo ago

KK SG BESI PUN SAMA, DARI FRONTDESK SAMPAI LAH KE YG KT DALAM, YG OKY CUMA SERVIS DOKTOR. ALL OUT. MULUT PUAKA SIAP GOSSIP PATIENT LAIN ,