Kenapa Nak Ada Anak??
KENAPA NAK ADA ANAK? . Sebelum dikurniakan anak, pernah tak kita tanya diri sendiri soalan ni? Kenapa nak ada Anak? Jawapan ramai orang.. "Nak ada anak sebagai penyeri rumah tangga.. sebagai pelengkap kepada sebuah perkahwinan." Semakin lama belajar ilmu parenting melalui pembacaan + perkongsian individu berpengalaman + penghayatan dalam ceramah keibu bapaan.. Mindset saya tentang anak berubah. Saya simpulkan 5 perkara penting: . ★ Anak yang sihat, comel dan bijak hanyalah perhiasan dunia. Jika kita mengharapkan perhatian manusia, hanya setakat itulah yang kita dapat. Jika kita mengharapkan perhatian Allah, kita akan dapat jauh lebih besar manfaatnya. . ★ Anak itu ialah amanah yang akan dipersoalkan di Akhirat kelak. Perkara paling berat di dunia ini ialah AMANAH. Pendidikan asas seorang anak sejak kecil ialah pengenalan tentang: ○ Allah & Rasulullah ○ Solat & Al-Quran ○ Akhlak & Aurat . ★ Anak yang baik dan beragama adalah 'pencen kubur' ibu bapa. Kita tidak semestinya mati bersama anak. Kita mesti target mati bersama #doa anak. . ★ Anak seharusnya menjadi alat menuju matlamat jangka masa panjang di Akhirat --> Keredhaan Allah Anak bukan alat untuk matlamat jangka masa pendek di dunia --> Kebahagiaan sementara . ★ Ada masa anak ialah #hadiah_Allah yang menceriakan kehidupan. Ada masa anak ialah #ujian_Allah yang menguji kesabaran dan keteguhan iman . ________ Teringat kata-kata, "Jika kita mahu tahu tahap kesabaran seseorang, lihatlah bagaimana dia melayan anak-anak kecil dalam keadaan dia sangat penat, sakit, lapar dan tertekan." . Kita kagum dengan jasa dan pengorbanan ibu bapa kita. Mereka yang terbaik walaupun mereka bukan ibu bapa sempurna. Kita juga tidak mungkin menjadi ibu bapa sempurna. Sungguh, tiada ibu bapa sempurna. Kesempurnaan tidak wujud di dunia. Kesempurnaan hanya wujud di Syurga. . Apa yang boleh kita lakukan ialah sentiasa upgrade parenting skills & knowledge sedikit demi sedikit. Kita berusaha untuk menjadi ibu bapa SEBENAR. Allah pasti menilai keikhlasan hati setiap usaha. Doa dan terus berdoa. . Kita tidak pandai mendidik anak. Jadi, tiada apa yang boleh dibanggakan. SEDIKIT kelebihan yang ada adalah #RAHMAT Allah yang wajib disyukuri dan yang menutupi terlalu BANYAK kelemahan diri. . Nak anak soleh/solehah? Kita dulu perlu menjadi soleh/solehah. . Hakikatnya.. Proses mendidik anak ialah proses mendidik diri sendiri . #AnakAsetKeSyurga #ParentingWithLove NOTA : C/P daripada HAMBA ALLAH 📌📌Mencari buku cerita anak²,buku parenting, healing dll boleh cntc saya ☺️https://linktr.ee/nhusna #seriusnanya #pleasehelp #firstmom #bantusharing #ingintahu #parenting #education