air gula

Kenanpa saya kena minum air gula??

9 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Fungsi minum air gula ini adalah untuk memeriksa sama ada puan-puan ada kencing manis ataupun tidak. Macam mana boleh ‘check’ kencing manis dengan minum air gula? Teori di sebalik ujian ini diterangkan seperti berikut; kencing manis terjadi apabila badan kita tidak dapat memproses gula berlebihan. Dalam keadaan normal gula akan dicerna menjadi glukosa. Glukosa amat penting sebagai sumber tenaga untuk sel dalam badan. Tetapi jika glukosa berlebihan, hati akan menukar glukosa menjadi sebatian glikogen untuk disimpan. Pernah dengar mengenai insulin? Apakah insulin dan fungsinya? Insulin ini merupakan hormon yang berfungsi menukarkan glukosa pada glikogen untuk disimpan dalam hati dan sel-sel otot apabila didapati glukosa berlebihan. Insulin juga berfungsi membawa glukosa ke dalam sel badan untuk dimetabolismekan menjadi tenaga. Dalam kencing manis, insulin menjadi kurang reaktif (insulin resistant) ataupun kurang dihasilkan. Jadi insulin tidak dapat mengawal paras atur gula dalam darah. Maka apabila puan-puan minum air gula tu, sebenarnya nak ‘test’ insulin tu boleh berfungsi atau tidak. Jika insulin berfungsi dengan baik, selepas 2 jam minum air gula, paras gula dalam darah masih akan normal, sebaliknya jika insulin bermasalah, paras gula akan naik selepas minum air gula dan anda mungkin mempunyai kencing manis (diabetes) ketika hamil.

Baca lagi

Uish sedap air gula Tu... Saya sampai repeat dibuatnya... Adeh.. tapi ya la, sebab kena minum air gula (ni copy paste je hahaha) Siapa yang wajib minum air gula?  wanita dalam kategori obese dimana BMI mereka lebih dari 30 wanita dengan sejarah diabetes gestasi wanita yang pernah hamil bayi besar wanita dengan keluarga yang mempunyai sejarah kencing manis wanita berumur 25 ke atas wanita yang pernah mengalami keguguran atau bayi meninggal dalam kandungan

Baca lagi
5y ago

bmi lebih 27 @berat melebihi 80

Masa anak 1st saya tak kena minum air gula pun. Tp now preggy anak ke 2 kena minum pulak. Nurse cakap sbb dulu saya czer 😌😔

Sama ada umur 25 tahun ke atas.. atau sbb pregnant anak pertama.. atau sbb ada sejarah ibu kita ada kencing manis..

Ibu prgnat yg berumur 25 tahun dan ke atas wajib minum air gula. Nurse bgitau msa first time buka buku.

sy kene minum mgu depan.. sebabnya umur dh lebih 25thn n berat sy mendadak sgt naik..

Semua kna minum klu pregnant.. Sy kna minum 2x.. Blh tahu samada kita ada diabetes @ x

Ada history parents hidap diabetes, berat naek mendadak & faktor umur

VIP Member

Doc tk bgtaw ke sbb apa??