PERKONGSIAN BERSAMA #COPYPASTE
Kebiasaanya ini pesanan-pesanan saya bila buat round malam pada ibu-ibu yg akan menjalani apa-apa prosedur di dewan bedah ( contohnya pembedahan caesar ) atau pembedahan ginekologi pada keesokkan hari ; ?Malam-malam tu buat solat hajat. Selagi boleh solat tu buatlah. Mintak bantuan dari Allah. Mintak jauhkan segala ketakutan. Segala perjalanan pembedahan takkan berjalan lancar tanpa izin Allah. Doktor hanya bantu sahaja. Kalau tak mampu nak solat, mengaji pun ok sangat dah. Bukan pegi kat katil orang lain membawang sana sini. ?Mintak maaf pada suami, mak dan ayah. Kalau depa ni jauh, apa guna henfon mahal-mahal kan ? Call dorang mintak maaf atas salah silap dan mintak dorang doakan segalanya berjalan lancar. Ni penting. Kalau redha sesama manusia kita dapat, Allah akan redha dgn kita. Semua urusan akan mudah. ?Selesaikan hutang-hutang yg ada. Kalau ada berhutang dengan orang pegi settlekan. Takpayah kalut, online banking kan ada? ?Ikut peraturan. Kalau doktor dah suruh puasa kol 12 tengah malam, tu follow je. Kalau suruh puasa kol 3 pagi ke 2 pagi pun follow je. Bukannya curi-curi makan bila dia suruh puasa. Ada plak orang suruh puasa dia pegi telan nasi lemak kol 6 pagi. Mcm mana nak buat operation ? Barang-barang peribadi yg berharga serahkan pada keluarga, jgn tinggalkan dalam wad. Pape pun ikut peraturan. Lain tempat lain cara. Jgn eksen dan jgn degil. Kalau korang degil, misi-misi meluat dgn korang. Meluat tu pun kira doa tau. Dorang maybe tak tunjuk kat korang, tapi hati orang, takda siapa tahu. ?Last, yakin sepenuhnya dgn doktor yg akan bedah korang esok. Saya akan jumpa pesakit yg akan saya bedah biasanya malam sebelum pembedahan, nak bagitau pesakit bahawasanya saya ler doktor bedah dorang esok, sambil borak-borak ringkas. Tkde ler pesakit terpinga-pinga tertanya-tanya doktor mana yg akan buat operation kan? Biasanya saya akan mulakan segala macam prosedur dan pembedahan dengan ucapan Bismillahirrahmanirrahim. Sebelum korang ‘ditidurkan’ oleh doktor bius selawat pada Nabi dan doa buat kali terakhir untuk dipermudahkan. Ingat, doa adalah senjata utama kita. Doa dan terus berdoa. Jgn pernah berhenti berharap.