Bersalin waktu PKP

Hi kawan2, ada yg nk share pengalaman bersalin semasa tempoh PKP ni tak? Suami boleh teman ke kita bersalin? Cm mana dgn waktu melawat? Boleh ke anak2 dtg tgk mak dia kt hospital? Ada sekatan jumlah pelawat ke? Saya bakal bersalin 6 april ni. Berharap sangat ada yg share pengalaman time bersalin waktu pkp ni...bersalin kt hospital kerajaan ye.

14 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Saya baru bersalin 24/3. Buat masa skrg tiada waktu melawat dan suami tak boleh teman bersalin. Suami cuma blh hantar barang melalui guard je. Bila dh bersalin, dpt keizinan utk azan/iqamat je. Lps tu suami kena balik. Saya bersalin czer duduk 4 hari kt hospital so mmg kena sabar dan bertabahlah. Semoga bertabah buat ibu2 semua. Semoga dipermudahkan semuanya.

Baca lagi