Kepala baby dah engaged

Kandungan usia 35 minggu 3 hari. Saya ke checkup dan scan baby hari ni. Terasa kejang bahagian ari-ari, berjalan takboleh laju dan nak solat pun kena bergerak perlahan je. Doktor inform kepala baby saya dah masuk laluan. Doktor advice untuk banyakkan rehat dulu minggu ni, dah masuk 36 minggu baru mula berjalan banyak. Saya baca pengalaman orang lain kata tak semestinya kalau baby dah masuk laluan akan bersalin awal. Walaupun tak selesa untuk beraktiviti sekarang tapi kalau boleh saya nak bersalin ikut due sebab sekarang pjj dengan husband. Minta doa semua ya. #firstbaby

1 Balas
 profile icon
Tulis jawapan
TapFluencer

Hi mommy. Ya pengalaman saya pun masa baby dah masuk laluan pun ambil masa juga nak bersalin. Kalau saya seminggu lebih juga. Tapi depends pengalaman masing² . Saya juga pjj semasa sarat hamil. Pastikan mommy monitor even ada tanda spotting sikit pun terus kena pergi hosp. Jika suami tinggal jauh sangat dari tempat tinggal mommy boleh minta ahli keluarga yang lain hantar atau teman lagi waktu nak hujung kehamilan ni. Moga dipermudah urusan bersalin ya

Baca lagi