Muntah 😩😩

Kandungan masuk 8weeks+ baru rasa alahan muntah di sbelah petang.. asal muntah ja mmg auto tiada selera mkn.. ada tak tips utk kurangkan muntah? 😣😣

9 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

ambil Veloxin. mintak dekat dr. kalau KK x da cari dekat klinik biasa atau farmasi. lepastu makan apa yg boleh makan. macam oat, buah2. nestum. lepastu makan jangan makan banyak dalam 1 masa. makan sikit2 tapi berulang. air kosong minum banyak takut sembelit. jangan makan benda manis banyak2. sy pun dulu sebijik macma awak. bau tumis semua tak boleh. selera makan tu drop terus. so buah, oat, nestum n susu je yg sy makan. tiap2 jam makan. benda masam sy ambil dari buah. macam epal hijau dan pelam muda.. pelam muda boleh ambil sikit je. jeruk2 n asam sorry x boleh nak telan. sebab dalam jeruk dan asam tinggi gula.

Baca lagi

sya dlu 1 st trim pun slalu mntah. Tips dia sya kena elakkan mknan yg sya x suka , mknan berminyak, mkn terlalu bnyk. Tapi kena kerap mkn jgn bia perut kosong. Tu sya laa😅 Mkn buah or sup2. alhamdulillah masuk 2nd trim makan ni mnjdi2 yaa😂😅 smpai kena control cikit. Awk tahan yaa, insha allah t masuk 2nd trim badan awk bole cope da dgan pregnancy hormon tu. bnyak2 doa

Baca lagi

Dapatkan nasihat drpd Doctor bertauliah, bukan disini sis terutamanya pengambilan ubat ubatan.. Yg pntg perut kena isi, makan yogurt, buah2an sebagai alas perut, 8 weeks baby sgt2 perlukan nutrient kesian kt baby.. Yg penting trial & error apa makanan yg awak boleh makan utk hilangkan mual.. Keep strong Mommy, adik count on you.

Baca lagi

mungkin cara atasi muntah sya x sesuai utk semua. sya pun muntah2 teruk smpai isi perut kosong naik gastric waktu 1st trimester, tekak luka, darah keluar ikut muntah. sya cuba gargle listerine bila rasa loya, sya elakkan baring melaya, duduk bersandar utk beberapa minit. dia x stop tapi berkurang alhamdulillah.

Baca lagi

Saya start alahan masa weeks 5, sekarang week 10 5 hari masih alahan. Lepas tu asyik sendawa sbb angin😅 buah tembikai elok utk loya. Saya pun doktor ada bg ubat muntah veloxine. Okay sikit lepas makan tp sebiji dia tahan bbrapa hari je

minum susu ibu mengandung. kalau tk boleh telan perisa susu, abik perisa chocolate. so far sy minum susu ibu mengandung sy boleh telan perisa chocolate sedap sgt.

Saya baru nak masuk 6 week. Baru harini 1st time muntah. Selama ni dok tahan. Harini tewas jugak. Lepas muntah terus ada spotting 😭

4y ago

Ok baik saya cuba control. Terima kasih bagi tips tau

For me, jangan biar perut kosong. Boleh try makan plain biscuits kalau tiada selera yang penting perut tak kosong.

mkn asam jruk