36week, Baby 2.6kg. Macam mana nak naikkan berat baby?

Kalau boleh by the time bersalin nak baby keluar 3kg - 3kg++ 🤣 Sedap sikit peluk

32 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Scan tu anggaran +- 500g, jadi berat sebenar dalam lingkungan lebih berat atau lebih ringan dari scan. Macam sy masa nak beranak, Dr scan baby dekat 3kg. Sekali keluar, 2.75kg je 😆 Ada jugak yang scan 2.8kg, sekali keluar 3.1kg.. ikut orang jugak tu

Baby saya 2.72kg pun mengigil nk keluarkan.. Nasib x kena vacuum. Doktor kata komplikasi vacuun kecederaan otak, keretakan tempurung kepala. Terus semangat push selamat jgk keluar. Dh keluar cukup sebulan 4.2kg. Biar membesar kt luar jelah bg saya

sy scan 2.8 klur 3.56 ... xpe sis asal anak sihat. baby berat lenguh nk menyusu dan kena angkt . lagi2 kalau dpt baby yg high demand. kalau nk jgk bykkn makan mcm Susu, roti . baby mcm Kita jgk, Kita kuat makan baby pun bam bam🤭

Bg sy ok je keluar kecik sikit, lepas seminggu naik la berat tu.. Sbb sy baby 1st 3.2kg, 2nd 3.5kg emm rasa macam nak meneran batu keluar.. Yg ke3 ni sy mengharap bawah 3kg..perit rase nak meneran baby besor2..

Sy sebelum bersalin scan 2.6kg. Tapi Doc ade pesan 2.6 tu estimate je dia. Ada +- 0.5kg. Kluar2 3.0kg betul la doc ckp tu. Awk dh week 36 ni keep momentum je mcm biasa. Jgn tambah berat 🫢

adakala dalam scan je nampak kecil nanti keluar berat dia lain dari scan. sebab pengalaman ibu saya time lahirkan adik² saya semua dalam scan bawah 3 kg last² keluar semua 3 kg ke atas

tungu baby keluar baru naikkan berat baby.. ssh teran nanti.. kesian nanti koyak kat bawah atau kalau baby lebih 3kg kena ceaser.. apa2 pn good luck awak.. semangat 👍🏻

anak no 3 sy lahir 36w 5d berat 2.39kg.mcm pegang teddy bear kecik masa dia baru lahir..takut2 nak pegang. skrg 4months last timbang berat masa cek up 6kg..lenguh dah..😅

VIP Member

kalau 36week kandungan berat 2.6kg dh ok dh..nnti smntra nk tggu 37 week dh naik jd 3kg dah berat. bby..jgn trlebih berat dan bby bsr nnti kenq czer doc xbg bersalin normal

Kalau saya berat baby tu ideal dah. Tak boleh lebih high chance untuk C-sec😅 Awak kena ambil high diet untuk naikkan berat baby. Good luck 🌹