Bayi kurang tidur

Kalau bayi 1 bulan 18 hari memang dah kurang tidur ke. Dia boleh berjaga sampai 5-7 Jam?

10 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Anak sis ok ke berjaga lama mcm tu? Tak silap saya baby 1 bulan kena tidur banyak lagi. Macam anak saya masa tidur kadang dia berbunyi/gerak mcm dah terjaga tapi sebenarnya dia tgh tidur.. so apa saya buat, saya biarkan dulu sbb tau2 dia senyap tidur balik. Anak saya bangun setiap 2 jam untuk minum susu and nak tukar pampers je, lepastu dia akan ngantuk and nak tidur tapi kadang dia tak terus tidur jugak so saya la yg pujuk atau tepuk sampai la dia tertidur semula.. and benda ni berulang2 sbb saya takkan bagi anak saya terjaga lama2 dia boleh jadi cranky and susah nak tidur walaupun dia mengantuk..

Baca lagi

Dulu baby saya macam ni juga. Saya first time mom pun pening kepala dah buat mcm mcm tapi dia tak nak tidur. Last last says paksa jgk dia tidur, dodoi mcm mcm cara nyanyi semua. Mmg kena trial and error cara dodoi, (kanan kiri ke atas bawah ke, enjut ke), white noise/zikir main peranan penting. Sebab berat anak saya kurang naik and kurang tidur salah satu penyebab nya. Good luck mummy

Baca lagi

Anak sy 1 bulan 21 hari, baru je semalam dia berjaga malam dari lepas maghrib smpai 3am. Pampers dah check, susu bf m formula dah bagi, dah urut perut dgn mintak telon, dah cuba longgarkan pampers, ayat kursi suda dibaca, spotify zikir selalu on. Bila tanya org tua, kata baby nak beralih bulan, ada je keletah baru.

Baca lagi
3mo ago

anak sya sebulan lebih dh tido dlm buai sbb dia xnk tdo.. bila letak dlm buai terus lena. sekarang 2bulqn lebih bila time tido letak dlm buaian elektrik g buat keja bile jenguk dh tido.. dia tido sendiri bila mengantuk xpyh di dodoi

tak normal. Check cara tidoq, cuaca, alat tidoq. anak i kalau dia takmau tidoq tu pampers dia wet, dia tak selesa even wet sikit ja. lepas tukaq lena. lagi satu cuaca, if panas sangat pun dia takmau lena. cuba cari punca. sebab sangat tak normal untuk newborn. u follow baby languages on ig.

lamanya ank berjaga..mcm x normal je tu..anak sy dari lahir sampai hari ni umur 2bulan lebih mmg tido lama 3,4 jam, sekali bangun menyusu lepastu tidur balik..kalau dia berjaga pun ada la setengah jam lebih lps tu boleh tido sendiri.

Sepatutnya baby sbln la paling lama tido.. makin besar umur baby, lagi kurang dia tido..ada pape yg buat dia xselesa kot.. cuba awk check 1-1..

tak sis. Cuba google tengok berapa jam baby patut tidur, berapa jam awake window dia

Tak. Tu nanti dia overtired..check babylanguage cara nk tidurkan baby

Wuish lamanya sis dia berjaga. Baby okay tak berjaga selama tu sis?

3mo ago

Aduhai kesian nya mommy and baby.. Saya kalau anak meragam takboleh tidur saya buat macam n: 1)check seluruh badan dia, baju dia, tempat tidur dia Kot dia tak selesa. 2) mandikan dengan air suam 3) urut belakang badan, betis, kaki, perut guna minyak telon 4) tuam badan dia 5) make sure environment dia tenang untuk dia tidur, mommy pun kena tenang & happy jugak 6) burp kan dia everytime lepas susu 7) Cuba tukar position tidur dia. 8) mommy boleh baca2 doa & pasang surah/zikir Harap membantu ya mommy..satu lagi baby berak kencing kentut normal tak?

Mungkin nak beralih bulan bund😊