Berapa kali kena check masa hamil?
Ini soalan yang sering kali diajukan bila bakal ibu datang follow up. "Berapa kerap kena datang check dr?" Secara umumnya, pemeriksaan dilakukan sebulan sekali diawal kandungan, dan semakin kerap bila mencapai trimester ke 3. Pemeriksaan mungkin dilakukan lebih kerap lagi jika kandungan berisiko. Antara pemeriksaan yang dilakukan ialah: 1. Ujian darah untuk haemoglobin, kumpulan darah dan menyaring HIV/syphilis/hepatitis B 2. Ujian air kencing 3. Pemeriksaan tekanan darah 4. MGTT (modified glucose tolerance test atau minum air gula) untuk ibu yang berisoko. 5. Scan untuk memastikan tarikh jangka bersalin dan memantau tumbesaran bayi (of course kene scan nak tgk baby kan 😃😃😃) Semasa temujanji, supplement dan rawatan diberikan jika perlu. So,,, jangan miss your appointment ok .. Take care semua 😘