Bagaimana nak ajar anak supaya tak pakai diaper...

2 Balas
 profile icon
Tulis jawapan
TapFluencer

Salah satu tanda anak tunjuk kesediaan utk toilet train ialah 1)anak taknak pakai diaper 2)kerap suruh buka diaper sebab tak selesa dengan najis sendiri. Sis boleh off diaper anak siang dulu, beritahu anak (anak sudah faham arahan parent) kalau nak pee/poo pergi toilet(tunjuk toilet). Tidur siang letak bed pad (alas tilam ada jenama fiffy). Kalau malam, kurangkan minum air/susu sebelum tidur. Dan pakai bed pad. Nampak anak mula teran nak poo terus angkut ke toilet. Pengalaman saya, najis anak jatuh2, dia pun tolong kutip sekali 😆 Waktu potty train ni perlu standby mop+baldi/vacuum siap2 kot anak terlepas pee/poo. Alhamdulillah anak dah off diaper by 2y. Even ada terkucil sikit2 tu biasa.

Baca lagi
TapFluencer

Syarat nak bagi anak diaper free ialah boleh start bila dia dh paham arahan. Beli training pants byk2 kt shopee. Pakai waktu siang yg awk boleh monitor. Sebelum tu, try ajak anak kencing kt toilet bagi dia suka. Dah yakin sikit pakai training pants and ckp kt dia kalau nak kencing ke berak bgtau kita pergi toilet. Mmg akan accident sekali dua. Kalau blh jgn letak karpet dulu lah 🫠😂

Baca lagi