29 Balas
Wajib bawa, kalau saya pusing kampung naik moto pun bawa je sebab nurse pesan kalau apaapa jadi orang tak pegang perut, orang tengok beg cari ic no tel dll. So bila jumpa buku pink orang boleh inform ke ambulance dan perawat tahu nak utamakan mana. Atau kalau kita pergi klinik sebab demam ke apa, doktor akan catat dalam tu juga, tak kira apa. Saya letak buku dalam file plastik tu je, lepastu masuk dalam beg. Kalau nak pergi check up, saya keluarkan buku tu siapsiap dari cover/file. So far nampak masih bertahan lagi buku tu. Semoga membantu 🥰
sy dah serik tak bawak buku pink. dah byk kali g klnik tak bawak buku pink sbb sakit biasa² je. Ada haritu sy kena sengat jengking, sy g klinik. doktor tya buku pink. saya ckp duk kat rumah. dia cakap buku tu mcm ic kita, nyawa kita. lainkali kena bawak pergi mana² senang kalau kita ada mslh time preggy, doktor boleh catat semua dlm tu. skrg buku pink mmg wajib ada dlm kete. dah tak letak kat rumah.
ya..sy jenis yg travel ke sana sini.. mmg kena sentisa standby buku pink. Mcm kita bw ic, duit.. camtulah gayanya kena bw buku pink. Kejadian x diingini kita xleh jgka.. sediakan payung sblm hujan gitu..
buku pink saya sentiasa ada dalam sling bag saya.. keluaqkan buku Masa nak checkup ja. pastu buku tu dlm bag ja. xletak tempat lain dh. saya takot lupa. ic saya ja xtaw ada mana sekarang ni 😅😅😅
Wajib bawak pg mna2. Jaga elok2, jgn simpan merata2. Just in case ada emergency, boleh trus ke klinik or hospital bdekatan. Memudahkn medical staff utk refer ke mana, contact sapa yg bkaitan
Sy sentiasa ltk dlm kereta, kot emergency ke apa2 senang, sbb kereta tu 90% sy yg guna, cuma keluarkan time suami pinjam kereta pergi kerja
saya pun bawa pi mana² sbb kita tak tahu apa² akan terjadi. So dlm buku pink tu semua ada dah. Jadi memudahkan urusan kita n Dr.
sy sentiasa bawa, even pergi pekan dkt2 pun sy akan bwk.. in case jadi ape2 mase kite dkt luar, buku pink tu sangat2 penting ya
wajib bawa buku pink ke mana saja pergi. sentiasa ada dalam handbag. jika berlaku kecemasan senang doktor nak refer.
saya sntiasa bawa dlm bag tak pernah tinggal🙂sebab buku tu penting mana la tau tetiba sakit perut kah apa
Anonymous