anak perempuan suka kepit
hi ibu2, saya rsau tengok ank pmpn sy umur 1 tahun 9 bulan suka kepit2 kemaluannya dan kadang2 meletakkan sebelah tangan di celah itu...sampai dia enjoy...sy btol2 rsau
sis boleh refer sini👇 Boleh jadi ianya hanya perkembangan kanak-kanak sebab memang umur 3 thun ,ikut teori perkembangan psikoseksual , memang mereka rasa nak tahu tentang alat kemaluan. masing-masing. 2 .Ada kemungkinan anak ini tak disentuh orang lain juga. Dia tersentuh sendiri dan jadi pleasure. Menurut puan Maznah Ibrahim, bila anak kecil tersentuh sendiri dan rasa pleasure ( yang mana normal usia 3-6 tahun ), dia sendiri akan sentuh lagi sebab rasa pleasure dan ini menunjukkan bahagian badan dia berfungsi dengan normal. Ia bukan keinginan seksual macam orang dewasa, tetapi sensualiti. Budak rasa pleasure bila disentuh atau sentuh alat sulit dan gesel, dia rasa pleasure. Ia dalam sensori sentuhan. Jarang dibincangkan sebab orang normal tak sentuh suka suka pun. 2. Kemungkinan seterusnya, ada orang selalu buat pada dia dan dia tiru. Ini adalah signal awal kepada kemungkinan dia dicabul selain kemaluan terasa sakit dan kemerahan. Minta dijauhkan . Amin. 3. Kemungkinan seterusnya, anak pernah ternampak aksi ini di mana-mana. Dalam telefon, terlihat orang lain buat pada orang lain, dalam televisyen. Namun anak puan , berumur 2 tahun , pada saya, dia mungkin hanya rasa geli dan gatal atau curious dengan alat kemaluannya sendiri. Tetapi tetap kena BERJAGA-JAGA. Sebab otak kanak-kanak seperti sponge. Mudah meniru dan anak-anak memang biasa akan mudah menunjukkan apa yang dibuat orang pada dia. Apa yang puan boleh buat ; ✅ Tiap kali anak buat macam tu, puan dekati, dan tanya. Kenapa adik ? Zakar adik gatal ke ? Zakar adik gatal, garu guna tangan ye, ( bawakan tangan dia pada zakarnya, tunjukkan ) Adik boleh sentuh zakar bila adik nak basuh ke ,gatal ke, kalau saja- saja, no no ok. ( Walaupun anak tak boleh bercakap beritahu saja ). Kalau adik gesel-gesel macam tu, nanti luka. Kita kena pergi hospital jumpa doktor pulak. Mama tak nak abang sakit. Begitu juga dengan anak perempuan, boleh guna dialog yang sama. ✅Ulang dan sentiasa ulang. Di samping berhati-hati ,apa yang anak tonton dan perhatikan mereka di sekitar anak. Takut diajar benda yang pelik2. Perhatikan apa yang anak buat bila seorang diri. ✅ Jangan dibiarkan selalu. Nampak terus pegang dan ingatkan . Sentiasa ingatkan nanti faraj atau zakar jadi luka dan berdarah. Elakkan marah, ingatkan dengan lembut. ✅ Selalu ingatkan sentuhan selamat dan tak selamat. Dan selalu tanyakan ada orang pegang ke faraj atau zakar adik. Lihat respon anak macam mana . Anak biasanya akan jujur saja kalau kita tanya.. ✅ Ingatkan anak, sentuh hanya untuk kebersihan dan kesihatan kalau rasa sakit. Untuk bersedap-sedap, itu tidak boleh. ✅Mungkin juga dah boleh sunatkan sekiranya anak lelaki. Bila anak bersedia. Ada kes kanak-kanak lelaki ada terbuat macam tu disebabkan gentel zakar kulit dia, suka sentuh, bila ibunya sunatkan dia dekat usia 4 tahun sebab nak msuk sekolah, dia berhenti melakukannya sebab kulit lebihan dah tiada. ✅ Amalan bersunat adalah penting untuk anak-anak lelaki untuk memastikan kebersihan dan membuang lebihan kulit pada zakar mereka yang mana menjadi tempat mungkin menyimpan kotoran jika tidak dibersihkan dengan baik. Hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, beliau berkata, Nabi SAW bersabda: الْفِطْرَةُ خَمْسٌ - أَوْ خَمْسٌ مِنَ الْفِطْرَةِ – الْخِتَانُ ، وَالاِسْتِحْدَادُ ، وَتَقْلِيمُ الأَظْفَار ،ِ وَنَتْفُ الإِبْطِ ، وَقَصُّ الشَّارِبِ Maksudnya: "Fitrah (kesucian) itu ada lima perkara: berkhatan, mencukur bulu ari-ari, mencukur bulu ketiak, memotong kuku dan memendekkan misai." Riwayat al-Bukhari (6227) Bila nak dikhatankan anak- anak lelaki ? Terdapat beberapa hadis yang boleh dijadikan panduan dalam menentukan waktu melakukan khitan antaranya; 🔺Dari Jabir bin ‘Abdillah ra; bahawa Rasulullah saw melaksanakan aqiqah Hasan dan Husain serta mengkhitan keduanya pada hari ketujuh.( Hadis Riwayat Thabrani dan Baihaqi) 🔺Dari Ibnu ‘Abbas ra berkata, “Terdapat tujuh perkara yang termasuk sunnah dilakukan bayi pada hari ketujuh: Diberi nama, dikhitan,….” ( Hadis Riwayat Thabrani) Ada juga hadis yang mengatakan anak dikhatankan bila mencecah umur mumaiyiz (5-7 tahun ). 🔺Ibnu ‘Abbas ra bahawa beliau pernah ditanya, “bagaimanakah kamu ketika Rasulullah saw meninggal dunia ?” Beliau menjawab, “Saat itu saya baru dikhitankan. Malah para sahabat tidak melakukan khitan kepada anak-anak mereka kecuali setelah mereka mengerti sesuatu.” ( Hadis Riwayat Bukhari, Ahmad, dan Thabrani). Imam Al-Mawardzi berkata; ”Khitan itu memiliki dua waktu, waktu wajib dan waktu sunnah. Waktu wajib adalah ketika usia baligh, dan waktu sunnah adalah sebelumnya. Ibnu Hajar mentarjihkan waktu yang paling baik melakukan khitan adalah pada hari ketujuh setelah kelahiran dan tidak melambat-lambatkan khitan sehingga waktu wajib kecuali terdapata keuzuran atau sebab-sebab tertentu. (Fathul Bari 10/342). Dan ramai yang dah mula mengkhatankan anak masing-masing ketika bayi kerana lebih kurang komplikasi , mudah dilaksanakan ( anak tak merasa sakit seperti bila dah sedikit dewasa ) dan lebih menjamin kebersihan anak bila semakin membesar. ✅Tetapi jika anak dah masuk 3, 4,5,6 tahun ke atas, buat selalu perkara ini ( menggesel kemaluan ) termasuklah sekolah rendah mahupun menengah , kena selidik dahulu. Jika anak dah boleh bercakap, tanya elok-elok ,kenapa buat macam tu. Kalau dia kata tiru orang, tanya siapa orang itu. Kena berjaga-jaga ya. ✅ Saya sertakan carta milestone perkembangan Pendidikan Seksualiti dari OT Aisyah Rozalli untuk rujukan kita. Carta ini menunjukkan perlakuan yang normal tetapi ia perlu dibimbing oleh ibu ayah untuk mereka mengetahui apa had dan batas dalam melakukan sesuatu pada badan mereka. Panduan dan ingatan harus diberikan kepada mereka untuk memahami apa yang boleh dan tak boleh. Apa yang baik dan tak baik. Apa yang Allah suka dan tak suka. Supaya anak akan lebih memahami tingkah laku yang sihat menepati agama dan adab. Wan Nur Syakira #pendidikanseksualitibermuladarirumah
Baca lagi