Anak kuning

Hi ibu2 nak Tanya kalau anak kuning mmg xblh bf ke??kena bg susu FM ke???Dan boleh tau x susu apa ssuai ngn boleh share tips trunkan kuning bby..bby bru 9 hri...kuning cek up makin naik#bantusharing #SeriusTanya #SeriusTanya

23 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Tak betul. Itu misconception. Teruskan penyusuan ibu seperti biasa. Jaga jadual susu setiap 1-2jam. Jangan culas. Nak singkirkan bilirubin melalui proses pembuangan baby (berak/kencing). Sebab tu kena jaga jadual susu. Jika perlukan bantuan dalam breastfeeding, boleh dapatkan bantuan nurse di KK. Saya sarankan awak follow Puan Nad Masrom, certified lactation counselor. Beliau ada share breastfeeding journey semasa anak beliau jaundice.

Baca lagi
2y ago

Betul tu. Kalau ada doktor yang advice untuk bagi FM pun bersebab. Sebab utamanya pada si ibu. Jika si ibu merupakan high risk mom yang memerlukan rawatan/ubatan, doktor akan advice untuk bagi FM sebab rawatan/ubatan tersebut tak sesuai untuk breastfeeding.