Minuman susu ibu mengandung

Ibu2 minum susu apa ya sepanjang pregnant ? Start minum susu pada usia kandungan berapa ? Minum susu jenama apa ? Boleh share2 jenama susu yg ibu2 minum sepanjang pregnant.. #1stimemom

29 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

saya mnum susu tepung. tapi kena trial n error ikut badan sesuai. mula2 mnum anmum jadi cirit birit. sekarang mnum friso. setakat 4 hari mnum ni ok. buang air besar pon ok. kalau xleh mnum susu tepung, mnum je lah susu kotak, susu berperisa pon. asalkan ade ambik unsur kalsium utk tulang ibu.

Sy minum susu kotak farm fresh tu je. Susu tepung sy tak boleh telan. Lagi satu susu tepung tu kalau ikutkan lg tinggi kandungan gula dalam tu. Nurse cakap tak kisah ibu mengandung minum susu apapun asalkan susu je untuk provide kalsium kpd ibu dan baby.

Awal2 hari tu minum anmum,tekak dah tak mampu nak terima sekarang,dah jemu agaknya,haha sekarang dah masuk 8bulan ni minum enfamama choco baru try 3 hari,ok lahh sedap boleh shake dengan air sejuk atau suam..sedap sikit tekak😅

VIP Member

Saya dari awal2 pregnant dah minum susu. Saya start minum susu kambing dulu. Tak ingat susu kambing wildan atau lazz. Lepas tu saya tukar minum anmum. Sebab dlm anmum ada kandungan acid folic juga.

Saya mula2 minum dutch lady kotak yg low fat, dh hbs stok..minum susu tepung everyday.. smlm beli anmum materna plk sbb susu dh nak abes..

Awal pregnant mnum similac. Msuk trimester ke3 minum ssu kambing Lazz perisa kurma & choco. Sedap and kurang manis. Lgpn sy ada gdm.

Saya minum enfamama perisa coklat.... Sedap. Boleh request tester dulu kat fb untuk tahu susu apa yg sesuai jugak....

Saya minum susu amunm shj awal time pregnant 5week sampai bersalin je dah henti minum ☺️

VIP Member

Saya minum susu addin premium hemico. Susu tu je boleh masuk. Susu lain semua muntah balik

VIP Member

saya mula ii minum anmum. lpas dktr suruh tuka susu sy trus minum dutch lady